Rabu, 20 Februari 2013

Tips Melindungi Komputer



Semakin Hari Semakin Banyak Serangan Ke Atas Komputer Yang Wujud Dan Pastinya Ia Menjadi Semakin Menakutkan. Adakah Komputer Kita Selamat Dengan Hanya Sekadar Memasang Antivirus?



Dari antivirus, firewall, website penipu sehinggalah kepada tindakan menggodam laman web kerajaan, semuanya berkisarkan keselamatan. Semakin hari semakin baru serangan yang wujud dan pastinya ia menjadi semakin menakutkan.


Bagi pengguna komputer, adakah cukup sekadar mempunyai ANTIVIRUS?
Bagi pengguna kediaman mungkin kurang mendapat tempias serangan menggila sebegini tetapi untuk syarikat dan kerajaan pasti menyakitkan kepala.

Sesetengah syarikat gergasi mempunyai lebih dari 1000 komputer untuk diuruskan. Memang tidak cukup dengan hanya memasang antivirus.

Serangan tidak semestinya dari luar rangkaian. Boleh juga berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak dalaman. Salah satu puncanya adalah kebocoran data. Data atau fail yang disalin dari komputer pejabat ke dalam pendrive.

Kemudian, dipindahkan dari satu komputer ke komputer lain. Secara langsung memberikan ‘ruang terbuka’ untuk penggodam mengambil kesempatan.

“Jadi, apa yang boleh dibuat?”

Penyelesaian terkini adalah dengan menggunakan Endpoint Security. Mudahnya, Endpoint Security adalah tambahan fungsi kepada antivirus sedia ada. Ia satu pakej lengkap melindungi komputer dan server pada sistem rangkaian.


Komponen-komponen utama yang perlu ada pada Endpoint Security adalah:

1. Antivirus & Anti-Spyware – tugasan utama melindungi komputer daripada serangan virus, trojan, malware, spyware dan anasir-anasir jahat yang lain.

2. Personal Firewall – Mengawal akses komputer ke rangkaian-rangkaian lain.

3. Policy Control – Mengawal dan memberikan laluan kepada sesuatu perisian, aplikasi dan perkakasan mengikut polisi yang telah ditetapkan.

4. Network Access Control – Mengawal rangkaian komputer sama ada untuk akses intranet dan internet. Hanya komputer yang berada dalam polisi yang ditetapkan sahaja boleh memasuki rangkaian.
Semua fungsi-fungsi di atas bergabung untuk mengawal aliran data, akses ke internet, akses ke rangkaian dan juga keselamatan data. Setakat ini hanya ada 4 Endpoint Security yang popular di Malaysia, antaranya:
1. Sophos Endpoint Security & Data Protection
2. Symantec Endpoint Protection
3. McAfee Endpoint Protection Suite
4. Trend Micro OfficeScan

P/S : Kawalan akses dan polisi paling penting untuk mengelak kebocoran data, serangan penggodam dan juga virus. Sekarang, ia sudah jadi satu keperluan pada syarikat-syarikat kerana kehilangan data adalah perkara paling ditakuti oleh setiap pengurusan syarikat.

Read More...

Tips Penjagaan Komputer



Di sini, ada disediakan satu jadual rujukan untuk pembaca kekerapan dan tindakan yang perlu diambil untuk penjagaan komputer dengan berkesan.




Kekerapan
Tindakan
Harian
  • Kemas kini antivirus
  • Kemas kini Windows
  • Imbasan cakera segera
  • Kemaskan folder
Mingguan
  • Backup
  • Disk Defragmenter
  • Error Checking
  • Bersihkan komputer
Bulanan
  • System Restore
  • Disk Cleanup
  • Run msconfig
Tahunan
  • Backup penuh
  • Boot Floppies


P/S : Jika manusia memerlukan kesihatan sihat tubuh badan, komputer juga tidak terlepas dari perkara itu. Komputer perlu dijaga dengan sebaiknya. Lakukanlah penjagaan secara berkala.
Read More...

Cara Paling Mudah Melajukan PC Komputer


Cara Paling Mudah Melajukan PC Komputer | Walaupun banyak teknik untuk melajukan CPU atau laptop kita, namun ini adalah salah satu cara yang paling penting untuk diaplikasikan.


Buat maintenance PC anda
PC di rumah saya tu dah mula slow. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu2 lah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat.

Defragment (Defrag) Hard disk
1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter


2. Klik C: drive
3. Tekan butang “Defragment

NOTA – Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment

AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe .Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya

Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak  ). Kalau anda malas (macam saya  ) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe

P/s : Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dan lain-lain. Ada khabar-kahabar angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar-khabar angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin-rajinkan lah diri anda.

Read More...

Cara Mudah Melajukan Komputer



Bersikan komputer daripada perisian yang kita tidak gunakan. Saya percaya anda pasti mengalami masalah komputer yang sering mengalami masalah loading yang terlalu lama.

Sebagai contoh, komputer berjenama seperti Dell, HP, dan Toshiba biasanya datang dengan pelbagai perisian tambahan yang sedia dipasang, termasuklah Windows 7 (dengan lesen yang sah), Microsoft Office, dan sebagainya. Sungguhpun sebilangan perisian ini sangat penting buat anda, terdapat juga sebilangan besar yang lain yang tidak anda perlukan.

Saya baru sahaja mendapat komputer Dell yang baru, dan apabila saya periksa senarai perisian pada Contol Panel, terdapat banyak daripadanya yang tidak akan saya gunakan termasuklah Roxio, Skype Toolbar, dan banyak lagi. Malah, perisian anti-virus McAfee juga sangat menjengkelkan dengan notifikasi kemaskininya yang meminta saya untuk restart komputer setiap dua hari.

Bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan

Meskipun perisian-perisian ini tidaklah terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.


Anda juga boleh mengelakkan sesetengah service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows dimulakan. Ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara automatik.

Buka System Configuration dengan menekan kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. Lihat pada bahagian Services (pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu) dan juga Startup. Kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.



Bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?
Sekiranya anda tidak pasti samada perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu di Google mengenainya. Jangan risau sekiranya anda ada membuat kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang semula pada komputer anda.

Gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!

Namun ingat, jangan terlalu obses dengan proses optimization dan tweaking ini sehingga anda melakukannya setiap hari. Komputer dicipta untuk memudahkan kerja anda, bukannya untuk memeningkan anda. Luangkan masa anda dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti menulis blog, coding program, ataupun bermain game!

P/S : Bersihkan komputer anda dalam masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Bebaskan komputer anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.

Read More...

6 Punca Utama Virus Tersebar Di Komputer


Virus amat berbahaya kepada komputer lebih-lebih kepada fail berbentuk dokumen yang dianggap penting. Virus boleh tersebar dengan mudah melalui pelbagai cara antaranya melalui muat turun dan emel.

 1.  E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”.

 2.  Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.


 3.  Klik Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”.  Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus berada pada pautan tersebut
   
 4.  Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 

  5.  Melayari Laman Web Lucah
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.

 6.  Perisian anti virus tidak dikemaskini (update)
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak.  Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari…
Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu “kerja kursus” mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.  Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.

P/s :  Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan kerap. 

Read More...

7 Serangan Komputer Jenis Biasa


Kita biasa mendengar serangan serangan komputer seperti virus, kuda trojan dan bermacam lagi tetapi seberapa ramai antara kita tahu maksud sebenar terma terma yang digunapakai tersebut

 7 Serangan Komputer Jenis Biasa |
Ini hanyalah sebagai pengetahuan am untuk pengguna komputer. Kita biasa mendengar serangan serangan komputer seperti virus, kuda trojan dan bermacam lagi tetapi  seberapa ramai antara kita tahu maksud sebenar terma terma yang digunapakai tersebut. Yang pastinya hanya segelintir sahaja yang tahu apa maksud dan juga jenis jenis serangan komputer ini lakukan.


 1. WORM
Mula mula dihasilkan di Xerox Palo Alte Research Center (Xerox PARC) dengan tujuan untuk membuatkan program berjalan dengan lancar tetapi kemudiannya rosak dan fungsinya bertukar dengan merosak serta memadamkan data serta membuatkan komputer merangkak mengalahkan kura kura.

 2. Trojan Horse
Dengan menggunakan taktik seperti kuda trojan dalam sejarah peradaban Greek, serangan jenis ini menyamar dengan menjadi applikasi komputer yang biasa kemudian melakukan kerja backdoor-nya bagi memberi laluan kepada penggodam dan juga jangkitan virus. Di buat oleh penggodam dari MIT iaitu Dan Edwards. Kerja seperti ini tak ubah seperti apa yang berlaku ketika kejatuhan kerajaan Melayu Melaka suatu ketika dahulu.
 
 3. Phishing
Dimulakan oleh penggodam yang mencuri akaun pengguna American On-Line. Kebiasaannya pengguna yang ditipu akan menerima e-mail yang akan redirect ke satu laman web yang menyerupai laman web asal dan kes yang berlaku selalunya berkaitan dengan penguna pengguna bank. Maklumat yang dapat di curi kebiasaannya adalah username, kata laluan, nombor kad kredit, maklumat akaun bank. Perkara terburuk boleh berlaku dalam kes seperti ini adalah kecurian identiti. Aku biasa menerima e-mail seperti ini mengatakan akaun bank aku perlu diupdate pada URL yang disediakan. Anda semua jaga jaga kerana pihak bank takkan sekali kali menghantar apa apa e-mail kepada anda.

 4. Script Kiddies
Terma yang mula mula sekali digunapakai oleh Marcus Ranum untuk membezakan antara penggodam sebenar dengan penggodam wannabe. Script kiddes kebiassaanya  mempunyai sedikit pengalaman atau pengetahuan cetek tentang godaman tetapi masih boleh menghasilkan ancaman keselematan siber. Biasanya golongan ini mengguna code/program/script yang dibuat oleh penggodam lain untuk kebaikan diri sendiri dan mereka tidak tahu ape kesan akibat perbuatan mereka itu. Golongan ini biasa ditemui pada facebook dengan last name diletakkan sebagai “hackerz” atau “hackerc” atau sebagainya lah walaupun kemungkinan besar golongan ini tidak tahu apa apa pasal godaman.

 5. Keylogging
Mula mula dibuat oleh Perry Kivolovitz untuk kegunaan Usenet news groups pada tahun 1983. Ia berfungsi dengan merekodkan apa sahaja aktiviti yang di lakukan oleh pengguna keyboard melalui sambungan internet tetapi terdapat juga alat yang digunakan untuk aktiviti keylogging ini. Tidak semestinya aktiviti ini adalah haram kerana ia boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengawasi aktiviti siber anak anak. Tetapi awas kepada pengguna pengguna internet cafe kerana ada pemilik yang berniat jahat untuk mencuri data pelanggan mereka jadi kalau boleh elakkan melakukan kerja penting di internet cafe melainkan terdesak.

 6. Social Engineering
Dimulakan oleh Kevin Mitnick dan aktiviti ini dilakukan dengan mendapatkan atau cubaan mendapatkan data sulit dengan cara “memujuk” pekerja atau sesiapa yang terlibat dengan oraganisasi yang di-target. Cara yang biasa di gunakan ialah menjadi penyamar syarikat maintenance dan salah seorang pekerja akan diminta memberikan maklumat penting untuk memanipulasikannya bagi mendapatkan maklumat penting syarikat. Cara ini tiada kaitan langsung dengan program atau code atau virus dan cara ini juga boleh dilakukan oleh orang yang menyamar jadi cleaner seperti yang berlaku dalam cerita cerita spy. Baru baru ni ada kes seperti ini yang masuk Buletin Utama.

 7. Crapware
Mula mula ditulis dan dilaporkan oleh Marc Orchant dalam blog ZDNet beliau dan program ini menggunakan sumber sumber penting sesebuah komputer seperti RAM dan sebagainya yang tidak diguankan oleh pemilik komputer. Biasanya program ini akan dimuatturun tanpa keizinan dan di luar pengetahuan tuan punye komputer. Contoh terbaik ialah AOL yang di install oleh pengeluar komputer. Kebiasaannya pengguna windows yang terkena manakala sangat jarang terkena pada pengguna linux.

p/s : Walaupun ia dinamakan serangan biasa terhadap komputer, sebagai seorang pengguna kita perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang data dapat dicerobohi.

Read More...