Isnin, 29 April 2013

Rahsia Menundukkan Pandangan




Mata – kita pencetus dosa atau pahala?
Tiket awal ke Syurga atau Neraka?
—–
“ Relalah menerima apa yang Allah SWT berikan kepadamu, nescaya anda menjadi orang yang paling kaya. Jauhilah apa yang Allah SWT haramkan bagimu, nescaya anda menjadi manusia paling wara.”
Ibnu Mas’ud RA
Risalah Al-Mustarsyidn

Suatu hari, ada seorang anak murid bertemu dengan murabbinya. Dia ingin meluahkan sesuatu permasalahan kepada murabbi yang disegani dan dihormatinya itu.
Saat itu, hatinya benar-benar gersang, hambar dan kaku. Setiap ibadah yang dilaksanakannya seolah-olah kering dan tidak meninggalkan kesan kepada hatinya. Kenikmatan dan kemanisan beribadah dan bermunajat jua semakin hari semakin hilang daripada kehidupannya.
Dia runsing, bimbang dan resah. Adakah dia sudah kehilangan cinta dan kasih sayang daripada Allah SWT. Ya, dia sentiasa konsisten dan istiqamah menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu, mendengar tazkirah mingguan dan pengisian-pengisian kerohanian.

Tetapi jauh di sudut hatinya, dia meronta-ronta.

“ Hati ini benar-benar kosong….”
“ Murabbi, hajat benar agar dapat membantu hamba ini,”Katanya lembut kepada Sang Murabbi yang dithiqahinya.
Air matanya mengalir. Sebak dan sayu. Dia merasakan seolah-olah sudah hilang segala keserian dan kehidupan yang membahagiakan. Matanya berkaca-kaca. Dia tertunduk di depan insan yang disayanginya.
“ Akhi, pernahkah anta merasai seperti saat ini, sebelum ini?,” Tanya Murabbinya.
“ Belum lagi ya Murabbi,” Jawabnya dengan nada perlahan.
“ Anta tahu, kadang-kadang jasad dan fizikal kita hadir ke dalam program-program pengisian ilmu dan tazkirah hati tetapi hati kita tidak dibawa bersama-sama. Hati tidak hadir ke dalam majlis ilmu, sedangkan sasar utama proses pensucian dan tarbiyah ini ialah hati. – Program berjalan tetapi proses tidak berlaku,” Kalam murabbi itu penuh tarbawi dan menusuk kalbu.
“ Jadi, sekarang ini apa yang perlu saya buat?,” Soalnya dengan penuh sinar pengharapan.
“ Tunduk pandangan dan peliharalah mata anta,” Kata murabbinya.
“ Hah! Kenapa pulak?,” Soalnya kepelikan.

Menunduk Pandangan

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan.”
( An- Nur : 30)

Di dalam buku Apa Ertinya saya menganut IslamDr Fathi Yakan telah menghuraikan berkaitan akhlak-akhlak yang perlu ada paa seorang muslim. Salah satunya ialah menundukan pandangan. Menundukan pandangan, bererti berusaha untuk mengalih pandangan, menutup dan dengan penuh sifat mujahadah dengan penuh keimanan, dan kerendahan hati daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke lembah kehinaan.
Dia akan bermujahadah daripada melihat perkara-perkara keji, kotor, jijik dan berbau dosa. Matanya dipelihara daripada perkara-perkara sebegitu. Kerana apa? – Pandangan mata akan memberikan kesan kepada hati. Setiap pandangan mata akan memberikan kredit kepada hati. Sama ada terbentuknya bintik-bintik hitam kerana dosa, atau menjernihkan hati dengan amalan kesolehan.
“ Dengan menundukan pandangan – anta akan dikurniakan oleh Allah suatu nikmat yang jarang-jarang diperolehi oleh manusia lain,” Kata Murabbi.
“ Apa dia, wahai murabbi ?,” Katanya dengan penuh minat.
“ Allah SWT akan berikan nikmat dan kemanisan dalam beribadah. Anta akan merasai nikmat kekhusyukan di dalam solat!,” Katanya dengan lemah lembut.
Ya. Dengan menundukan pandangan, Allah akan berikan suatu nikmat yang sangat manis dan mahal. Kekhusyukan di dalam solat. Kerana, mata yang terpelihara dan terjaga – menjadi asbab hati, jiwa dan perasaan itu jernih, bersih, putih dan suci. Kesannya – ibadah solat akan terfokus, khusyuk dan membahagiakan.

Pratikal menunduk pandangan : Mustahil?

Boleh ke hendak menunduk pandangan. Rasa macam tidak logik. Hari ini, dimana-mana dan diserata tempat, terdapat banyak bentuk-bentuk kemaksiatan dan kemungkaran :

(1)- Kota raya, – lihatlah bagaimana cara remaja-remaja berpakaian terutama perempuan. Sangat-sangat mengoncangkan iman dan mengiurkan perasaan. Pusing ke kanan, masyaAllah. Alih ke kiri juga, perkara yang sama. Di mana-mana tidak kira masa dan tempat. Setiap kali mata memandang, hati berdebar-debar rasanya.
(2)- Kedai buku dan gerai majalah juga sama – lihatlah majalah-majalah picisan dan rendah moral yang berlambak dipasaran. Cover majalah yang mendedahkan segala-galanya. Sekali terpandang, tergugat hati dan seluruh jiwa raga. Macam-macam gaya yang diperlihatkan. Begitu juga dengan surat khabar yang ada sekarang. Iklan-iklan yang menggiurkan seringkali mencabar kelelakian dan keimanan yng bertahta di hati. Gambar-gambar yang didedahkan seolah-olah tiada unit tapisan dan diletak tanpa pemantauan undang-undang.
(3)- Filem-filem dan drama-drama yang dihasilkan sama ada peringkat tempatan atau antarabangasa apatah lagi. Pastikan akan mendedahkan perilaku dan agenda-agenda membangkit syahwat, mengghairahkan nafsu dan merosakan keharmonian iman.
(4)- Alam maya internet pun sama juga . Laman-laman website yang sentiasa mengganggu keharmonian ketika melayari internet sering muncul secara tiba-tiba, sangat-sangat mengejutkan iman! Ini tidak masuk lagi, yang gambar-gambar yang tidak soleh, separuh berpakaian dan aksi-aksi yang jijik dan kotor yang mudah dicapai di alam sesawang ini.
(5)- Mesej-mesej berbau lucah dan video-video yang dihantar secara rambang ke handset kita selalu mengganggu ketenteram iman. Bisikan syaitan dan nafsu selalu – mengarahkan agar membukanya dan menikmatinya. Jadi bagaimana harus kita buat?
(6)– Dan, banyak lagi. Semuanya ke arah kehancuran dan kemusnahan keimanan.

Jadi, bagaimana mahu memelihara mata? Sukar sekali.

“ Akhi, memelihara mata dan menunduk pandangan memerlukan sifat mujahadah nafsu yang sangat tinggi. Ia adalah bentuk jihad yang menuntut pengorbanan kejiwaan yang tinggi. Tetapi, yakinlah ganjarannya adalah sangat mahal dan tidak ternilai,” Murabbi meneruskan bicara kalamnya.
Menunduk pandangan bererti kita memelihara kehormatan dan kemuliaan diri. Keaiban-keaiban sebegini harus dijaga dan dicegah awal-awal lagi. Ingatlah sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menelungkupkan muka kamu.”
( Hadis riwayat At-Tabarani)

Menunduk pandangan, bagaimana hendak dibumikan?

“ Akhi, takutkan Allah SWT, banyakan mengingati mati dan bayangkan suasana hari Akhirat,” Kata murabbi lagi.

Perkara ini tidak akan berlaku tanpa, kekuatan keimanan. Ya imanlah yang akan menjadi dinamo, penggerak dan nadi utama segala bentuk tindakan kita.
Setiap kali, mempunyai peluang untuk melakukan bentuk-bentuk dosa dan maksiat – bayangkanlah episode-episod ngeri dan gelombang kedahsyatan sakaratul maut. Bayangkan bentuk kematian yang agar menimbulkan keinsafan dan kesedaran.
Dan, ketika jiwa dan hati dirundum kelesuan dan kelemahan – banyakan juga mengingati azab dan ancaman-ancaman yang akan Allah SWT berikan di hari akhirat kelak. Suasana-suasana hari kebangkitan yang digambarkan di dalam Al-Quran dan dijelaskan di dalam Hadis, mampu mengetuk hati dan meleburkan keangkuhan kita terhadap Allah SWT.

Penutup : Dimana kepekaan kita?
Petang itu, anak muridnya itu menangis sepuas-puasnya. Dia sedar akan dosanya. Barulah dia sedar bahawa selama ini, dia tidak begitu halus dan peka dalam soal penjagaan dan pemeliharaan matanya. Selama ini, matanya telah menyebabkan hati dan jiwanya kosong dan hilang kemanisan di dalam beribadah.
“ Murabbi, terima kasih banyak-banyak. Saya sedar dan insaf. Bimbinglah saya, Murabbi. Pandulah aya murabbi. Saya tidak mahu kehilangan Allah SWT di dalam diri saya. Saya tidak mahu kembali seperti zaman kejahiliyah saya dahulu,” Katanya tersedu-sedu di hadapan pembimbingnya.
Kata-kata murabbinya masih basah.
Ia sangat berkesan di hati dan menyentuh perasaan keinsanannya.
“Dengan memelihara pandangan daripada perkara-perkara keji, jijik, mungkar dan berbau dosa – Allah SWT akan campak satu kenikmatan yang jarang-jarang manusia perolehi. Iaitu : Nikmat Kekhusyukan dalam solah!”

Ya Allah, bantulah diri ini dalam memelihara pandangan dan mata kurniaan-Mu ini.
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah untuk mengharungi kehidupan yang dipenuhi gelombang maksiat yang dahsyat. Ingin aku harungi kehidupan ini dengan keimanan seharum semerbak kasturi.
Read More...

12 Tip Senaman untuk Pelajar di Asrama




Kehidupan sebagai pelajar di asrama buat kali pertama samada di sekolah atau di kolej pasti membuat anda ‘culture shock’. Secara tiba-tiba anda kena duduk dengan orang yang anda tak pernah kenal di ruang yang terhad yang jauh berbeza dengan kehidupan yang selesa di rumah sendiri. Secara tiba-tiba juga anda rasa yang kehidupan anda seperti sudah diatur dan anda terikat untuk melakukan sesuatu contohnya nak pergi mana, pergi dengan siapa, pukul berapa kena balik, pukul berapa kena tidur, pukul berapa kena bangun dan banyak lagi. Maklumlah, masa jadi pelajar ni lah nak belajar hidup bersama orang lain, belajar sesuaikan diri dengan situasi yang baru.
Semua ini sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan anda kerana anda mempunyai pilihan yang terhad untuk makanan yang anda makan. Sebab biasanya makanan dah disediakan di dewan makan. Anda hanya punya dua pilihan samada anda mahu makan atau tidak. Dan saya pasti jika anda tidak makan makanan yang disediakan, anda pasti akan menggantikan dengan makanan ringan untuk mengisi perut anda.
Di dalam bilik di asrama pula, ruang adalah sangat terhad. Selangkah ke kiri dah jumpa katil kawan, selangkah ke kanan dah jumpa locker pulak. Selangkah ke depan dah jumpa pintu bilik. Apa yang boleh dibuat di bilik adalah mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam atau berborak-borak dengan rakan anda.
…Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi…
Pilihan makanan dan ruang yang terhad serta amalan berjaga malam merupakan antara faktor seseorang itu bertambah berat badan secara tidak sedar. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi. Lepas makan, dah kenyang, mengantuk dan terus tidur pulak tu. Mana taknya berat badan bertambah, kan?

Crash Diet Untuk Cepat Kurus?

Memang benar di peringkat remaja ini masih lagi membesar dari segi ketinggian, struktur tulang, dan berat. Tapi tak salah kan kalau kita ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Tak lah nanti dah terhantuk baru tengadah. Bila dah overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkan crash diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri tu.
Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri seperti berjalaninstead of naik shuttle bus mungkin dapat membantu. Apa yang paling penting, anda boleh bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, itu lebih baik. Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu:
1. Kardio / Aerobik  akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu.
2. Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu.
3. Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan.
Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:
1. Berkawad setempat.
2. Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
3. Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
4. Melompat bintang setempat.
5. Membuat gerakan kickboxing – front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
6. ON mp3 player anda dan menari sampai berpeluh!
7. Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
8. Ini aktiviti yang paling saya suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
9. Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
10. Buat sit up.
11. Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
12. Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.
Kehidupan di asrama bukanlah sesuatu yang sukar. Anda tidak boleh meletakkan kehidupan di asrama sebagai penyebab anda kekurangan masa dan ruang untuk menjalani kehidupan yang sihat. Ini kerana bilik anda yang kecil di mana anda tidur, belajar, berborak bersama rakan itu juga boleh dijadikan sebagai gim peribadi anda. Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah salah satu cara anda akan buat pengalaman anda tinggal di asrama sebagai satu pengalaman yang terindah!
Read More...

Tua sebelum usia? Ikuti tips diet untuk kekal muda.




Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?

Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.
Read More...

8 Tip Sihat Awet Mudah Cara Malaysia




Anda pasti tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan untuk kekal aktif dan pada yang sama kelihatan awet muda. Kesibukkan tugas harian juga kadang-kadang membantutkan usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Berdasarkan perkongsian dan perbincangan dengan beberapa individu yang masih kelihatan muda dan aktif di usia lewat 40an saya yakin bahawa cara hidup dan pemakanan yang betul merupakan asas yang sangat penting.

8 tip awet mudah mudah untuk anda amalkan:

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:
1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.
2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.
3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.
4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.
5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 
7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.
Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.
Read More...

Tips Mudah Kuruskan Lengan




Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai dengan meningkatnya usia bagi sesetengah orang.
Di bawah ini akan dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

1. Angkat berat

Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

2. Makanan

Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air

Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. Aerobik

Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.
Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.

5. Boxing

Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’  ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

6. Push-up

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.
Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.
Apa sekalipun, anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!
Read More...

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha




Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)
Read More...

Latihan Otot Perut Terbaik Bagi Para Pemula




Memiliki perut ramping, kencang dan berbentuk merupakan dambaan banyak orang, baik pria maupun wanita. Dengan perut kencang dan ramping, Anda akan Nampak lebih seksi. Bila Anda belum pernah melakukan latihan perut, Anda harus memulainya dengan latihan yang cocok untuk pemula. Bila Anda tidak tahu bagaimana harus memulainya, Anda bisa mengikuti paduan berikut ini sebagai latihan perut terbaik untuk pemula. Latihan-latihan ini merupakan bagian dari rektus abdominis yang diperuntukkan semua bagian perut bagi para pemula, bagian atas, bawah dan bagian samping; sehingga latihan-latihan berikut ini sangat efektif untuk Anda.
1. Basic Crunch

- Anda harus berbaring, tekuklah lutut Anda, lalu letakkan kedua tangan Anda di sisi.
- Buatlah kontraksi di perut Anda dan ratakan punggung bawah Anda dengan lantai
- Perlahan-lahan angkat kedua bahu Anda, satu atau dua inci dari lantai
- Hembuskan nafas saat mengangkat, pertahankan leher Anda agar tetap lurus, dan dagu   terangkat
- Tahan beberapa detik (tapi jangan tahan nafas Anda)
- Perlahan-lahan turunkan, sambil tetap menjaga perut Anda tetap berkontraksi
- Ulangi sampai 20 kali
- Untuk lebih jelasnya, Anda bisa mencoba melihat video Basic Crunch berikut ini
2. Bent Knee Reverse Crunch

- Berbaringlah di lantai dengan punggung Anda. Letakkan kedua tangan di sisi Anda
- Telapak tangan Anda menghadap ke lantai, jaga agar tetap lurus dekat dengan tubuh Anda, dan naikkan kaki Anda, serta paha Anda tegak lurus dengan lantai
- Gunakan perut bagian bawah Anda, gulingkan panggul Anda ke belakang untuk menaikkan pinggul dari lantai, lutut Anda sekarang akan berada di atas dada Anda. Tahan dan kembalikan ke posisi semula pelan-pelan
- Anda juga bisa melihat video Bent Knee Reverse Crunch berikut ini untuk mengetahui posisinya dengan seksama
3. Side Oblique Crunch

- Berbaringlah dengan sisi kanan tubuh Anda, dengan kaki bertumpukkan sejajar satu sama lain
- Letakkan tangan kiri Anda di samping kepala Anda, menutup telinga kiri Anda
- Tekan ke samping sekuat tenaga, berfokuslah pada gerakan untuk melatih otot perut diagonal Anda
- Setelah melatih yang sebelah kiri, Anda bisa mengulangi dengan sebelah kanan, bila belum terlalu paham, video Side Oblique Crunch ini bisa membantu Anda.
4. Transverse Abdominal

- Anda memulainya dengan posisi push-up
- Tahan tubuh Anda dengan siku Anda serta dengan kaki Anda
- Jaga otot perut Anda tetap berkontraksi sepanjang latihan
- Tahan 20 detik lalu lepaskan
- Berikut ini adalah video Transverse Abdominal yang bisa Anda jadikan paduan
5. Power Plank
- Berbaringlah dengan muka berhadapan dengan lantai dengan kaki diluruskan, tubuh disangga oleh lengan Anda
- Perlahan-lahan angkat tubuh dan kaki Anda sehingga hanya lengan bawah dan bola kaki Anda yang menyentuh lantai
- Untuk menjaga agar perut bagian bawah Anda tidak kendur, kontraksikan otot
- Tahan 10 detik, bila Anda kuat, Anda bisa menahannya lebih dari 10 detik
- Gerakan Power Plank bisa juga dilihat melalui Power Plank video berikut ini
Read More...

5 Tips Latihan untuk Buang Selulit




Bagi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang, dan peha. Selulit ini bukan sahaja ‘menyerang’ kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.
Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan teskstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.
Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam.  Namun harus diingat, selulit ini bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, oleh itu anda perlu melakukan aktiviti sihat dan makan makanan yang berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkan kehidupan yang sihat , itu lebih penting. Di sini, saya ingin kongsikan 5 jenis latihan yang dapat membantu memerangi selulit.
  1. Berjalan: Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam. Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.
  2. Membengkokkan lutut: Latihan ini akan melibatkan otot di belakang, peha depan, dan peha belakang. Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil anda berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan. Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan, dan cuba lompat. Ulang langkah ini, dan tukar ke kaki kanan pula, dan ulang untuk beberapa kali.
  3. Mengangkat kaki semasa meniarap: Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang peha anda anda berkerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rileks saja.
  4. Rendahkan badan dan twist! Latihan ini melibatkan otot-otot bahagian belakang, peha, dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga peha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang-ulang kali.
  5. ‘Squat thrusts’: Latihan ini akan meilbatkan otot perut, belakang, peha depan, dan peha belakang anda. Tiga langkah yang terlibat iaitu pertama, berdiri seperti biasa. Kedua, turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki anda. Dan ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk push ups. Ulang 3 langkah ini berkali-kali.
Nota tambahan : teknik-teknik di atas tidaklah akan menghapuskan selulit anda. Objective senaman kardiovaskular dan pemakanan yang baik adalah untuk mengurangkan 1) berat badan dan jumlah lemak badan. Gabungan kedua-dua itu akan membantu reduce appearance dan flatten selulit anda. Jadi ia masih ada tetapi kurang atau tidak kelihatan.
Read More...

3 Rahsia Membakar Lemak




Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?

1. Kurangkan beban semasa angkat berat

Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.
Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2. Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.
Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3. Pastikan perut yang sihat

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.
Read More...

3 Kesilapan Semasa Bersenam




Bersenam adalah satu-satunya cara terbaik untuk membakar kalori yang kita ambil sepanjang hari. Tetapi, jangan biarkan kesilapan-kesilapan berikut berlaku semasa anda melakukan workout anda.

Kesilapan #1: Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.

Apabila anda melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu, bukan minda anda sahaja yang membuat anda berasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Samada anda berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan anda atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat dumbbell, selepas beberapa ketika, badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama, dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.
Betulkan kesilapan: Cuba ubah bentuk latihan. Sesekali apa kata anda pergi mendaki bukit atau gunung pada hujung minggu daripada anda melakukan jogging atau berlari di atas treadmill yang anda telah biasa lakukan. Selain itu, cuba cari bentuk latihan kekuatan yang baru. Anda boleh dapat kebanyakan jenis latihan senaman daripada majalah, DVD, atau Youtube. Sebarang perubahan yang anda cuba lakukan dalam mencabar fizikal anda adalah sesuatu yang dapat memperbetulkan kesilapan anda itu.

Kesilapan #2: Anda menjadi obses terhadap latihan kardio.

Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan anda, tetapi jika anda tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan anda perolehi, tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan anda akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia.
Bermula pada usia 30-an, wanita kebanyakannya akan hilang berat badan dan otot (muscle) sebanyak kira-kira 0.23kg (0.5 pound) setiap tahun. Lelaki pula biasanya akan mempunyai otot lebih lama, tetapi akan mula kehilangan otot dengan kadar yang tinggi bermula usia 60 tahun. Oleh kerana otot biasanya dibakar melalui pembakaran kalori walaupun ketika sedang berehat, kehilangan otot ini akan menyebabkan penurunan metabolisme. Inilah salah satu sebab utama mengapa kita dapat melihat simptom penuaan bermula pada usia 40 tahun.
Betulkan ia: Cuba sertakan latihan kekuatan pada hari anda melakukan kardio. Angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kesilapan #3: Anda stuck di zon pembakaran lemak.

Jika anda menggunakan treadmill, eleptical, atau mana-mana machine kardio di gim, anda mungkin dapat melihat satu programming di mana ia mempunyai option untuk memilih zon ‘fat-burning’. Berdasarkan fakta, pada intensiti yang lebih rendah, tubuh anda akan membakar peratus lemak yang tinggi! Sounds great, right? Anda tidak perlu bekerja lebih dan anda dapat mengurangkan lemak di perut, pinggul dan peha anda dengan cepat.
Tapi jika anda fikir bentul-betul, pada penggunaan tenaga badan yang rendah, badan anda akan membakar lemak dengan peratus yang lebih tinggi berbanding karbohidrat, tetapi secara keseluruhan ia masih membakar kalori dengan jumlah yang sedikit.
Contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 68kg yang berjalan di atas treadmill pada kelajuan 5km/sejam, sebanyak 112 kalori akan dibakar dalam masa 30 minit. Pada kadar penggunaan tenaga yang sederhana ini, wanita itu telah membakar separuh kalori yang didapati dari lemak atau sebanyak 56 kalori lemak. Sebaliknya, jika dia melakukan workout selama 30 minit pada kadar 6km/sejam, hanya sebanyak 40% kalori berkemungkinan dari lemak yang akan dibakar. Tetapi perlu diingat, secara keseluruhannya dia akan dapat membakar sejumlah 170 kalori dalam masa 30 minit. Oleh itu sebanyak 68 kalori dari lemak yang akan terbakar. Ini bermaksud, jumlah pembakaran kalori dari lemak adalah lebih tinggi pada intensiti latihan yang lebih tinggi.
Betulkan ia: Bakar lebih banyak kalori dan jadikan kalori yang dibakar itu adalah kalori daripada lemak di dalam badan dengan menambah kesuluruhan usaha dan intensity latihan. Cara yang terbaik adalah melakulan latihan yang berintensity tinggi berselang seli dengan intensity atau kelajuan yang perlahan.
Read More...

Rabu, 24 April 2013

Menukar Windows 7 ke Versi Lain



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini aku nak share dengan korang cara nak tukar versi Windows 7 korang ke versi lain."versi windows" tu merujuk kepada windows 7 starter,home,professional,ultimate.

Dengan cara ini korang boleh tukar win7 kepada professional,home dan 
ultimate dan jugak sebaliknya.Tetapi korang tak boleh tukar dari ultimate kepada versi lain.

Credit to Seth Erry kerana sudi berkongsi tutorial ini :D

Ok jom.

1. Tekan butang start,gambar logo windows kat bawah tu.Kemudian type :Windows Anytime Upgrade


kemudian click dekat windows anytime upgrade dalam result yang kelur.

note : windows anytime upgrade tidak terdapat di dalam win7 ultimate.

2. Seterusnya akan keluar lebih kurang macam ni :



Click : Enter an upgrade key

Seterusnya akan keluar kotak suruh korang masukkan upgrade key.
Mana nak cari?Jangan risau aku dah sediakan nya!

Upgrade Key :


Windows® 7 Ultimate Product Key:
342DG-6YJR8-X92GV-V7DCV-P4K27 <<--works

Windows® 7 Professional Product Key:
YKHFT-KW986-GK4PY-FDWYH-7TP9F
VTDC3-WM7HP-XMPMX-K4YQ2-WYGJ8
32KD2-K9CTF-M3DJT-4J3WC-733WD
6RQ9V-6GCG4-8WV2H-966GF-DQ4DW

Windows® 7 Home Premium Product Key:
7JQWQ-K6KWQ-BJD6C-K3YVH-DVQJG

Windows 7 Premium Product Key:
7JQWQ-K6KWQ-BJD6C-K3YVH-DVQJG
RHPQ2-RMFJH-74XYM-BH4JX-XM76F
2QDBX-9T8HR-2QWT6-HCQ XJ-9YQTR
6RBBT-F8VPQ-QCPVQ-KHR B8-RMV82
C6MHH-TRRPT-74TDC- FHRMV-XB88W
27GBM-Y4QQC-JKHXW-D 9W83-FJQKD
38GRR-KMG3D-BTP99-TC9G4 -BBDJJ

Rujuk gambar :


3. Lepas dah masukkan product key ni tekan Next dan sampai habis.kemudian laptop/pc korang akan restart.
Tunggu sampai dia restart dan korang akan login ke dalam windows baru!

Extra : Ada yang tanya soalan barang2 akan hilang hilang ke bila dah buat ni?
Jawapan dia TIDAK.
Upgrade ni tidak menganggu files dan software korang.Jangan risau :)

Ok sampai sini saja Assalamualaikum.
Read More...