Isnin, 20 Mei 2013

Aslih Nafsak Wad’u Ghaira'





Abdullah bin Mas'ud berkata:

"Pengislaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam".

Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.

Pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Namun kekuasaan Allah telah menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan doa nabi Muhammad SAW. Dalam munajat baginda, nabi menyebut:

"Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab"
(Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi)


Dan riwayat lain menyebut:

"Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"
(Hadtih riwayat At-Thabarani)

Lihatlah kekuasaan Allah azza wajalla. Seorang yang digeruni kaum musyrikin kerana kegagahannya menentang umat islam akhirnya digeruni kaum musyrikin atas keberaniannya membela agama Allah.


"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak"

Apa kaitannya dengan islah nafsak wad'u ghairak? Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas?

"Perbaikilah diri kamu, dan (pada masa sama) ajaklah orang lain."

Itulah kalimah yang diseru Allahyarham Sheikh Mustapha Masyhur, seorang tokoh Mursyidul Ikhwanul Muslimin kelima suatu ketika dulu. Kalimah itu menjadi butir-butir semangat bagi kita yang turut sama menggalas tugas khalifah yang diberikan Allah sebaik saja kita dipilih untuk dilahirkan ke dunia.
Maka bersyukurlah. Kita bukan pemula, bukan juga penamat tetapi penyambung jihad baginda rasulullah s.a.w.


Perbaiki Diri
Perbaiki diri atau lebih signifikan disebut sebagai 'berubah menjadi lebih baik' adalah akar tunjang pokok-pokok dakwah. Hal ini kerana dakwah sewajarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiri adalah asset yang paling berharga untuk memacu Islam di muka bumi. Sepertimana sebuah ungkapan 

Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu. 


1) Bila nak berubah?
Hendak berubah tidak perlu menunggu hari esok atau menanti hidayah datang bergolek. Setiap hari kita perlu berubah. Perlu menjadi lebih baik.

2) Bagaimana hendak berubah?
Berubah dengan Taubat... Menurut pandangan ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah dan berazam dengan kukuh tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

3) Saya tak buat dosa. Kenapa perlu bertaubat?
Ramai orang alpa, antara manifestasi amalan taubat ialah cinta kepada Allah s.w.t. Setelah seseorang itu bertaubat, taubatnya membuahkan iman yang sebulat-bulatnya. Jika belum bertaubat, maka belum timbul rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah Azza Wajalla. Tanda-tanda orang yang beriman secara sempurna terletak pada kecintaannya kepada Allah s.w.t dan rasulnya berbanding cinta kepada yang lain.
Taubat itu menyucikan jiwa agar kita lebih mudah untuk menerima kebaikan. Saya analogikan sebiji belon yang diisi dengan pasir, lebih berat untuk dilambung berbanding sebiji belon yang bersih berisi udara. Renungkan.

4) Saya dah cuba berubah, tapi ramai orang asyik kutuk-kutuk saja.
Kata orang, cinta berkuasa mengubah segalanya. Maka yakinlah, 'The Power Of Love Towards ALLAH' yang kita miliki mampu mengubah segalanya. Kita perlu jadi lebih berani berhadapan dengan persepsi masyarakat. Bebaskan diri kita daripada sifat lemah dan putus asa. Buktikan pada mereka, perubahan kita tidak sia-sia! Seterusnya, berdoalah. Doa itu kan senjata mukmin.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-

"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran ayat 139)

5) Orang tak hargai pun perubahan saya.
La tahzan! Usah gelisah jika perubahanmu tidak dihargai. Bukankah kamu berubah kerana Allah?Apabila kita berubah kerana Allah, secara automatic, pandangan Allah lebih berharga berbanding pandangan manusia. Hati yang ikhlas tidak perlu mengharapkan pandangan manusia. Kita tidak hidup dengan pujian, dan tidak juga akan mati disebabkan cacian.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
(Surah At-Taubah ayat 129)

6) Apa sebenarnya yang nak diubah ni. Tak fahamlah!
Ambil masa dan bermuhasabahlah. Meski kita tidak melakukan dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah, membunuh, berzina dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar dosa-dosa kecil yang acap kali dipandang enteng mula memakan amal-amal kebaikan kita.

Antara contoh kecil yang dapat kita lakukan ialah:
➥  Tidak bertudung -> bertudung
➥ Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
➥ Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
➥ Suka menyanyi -> suka baca Quran
➥ Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad

Dan... banyak lagi !



Ajak Orang Lain
 Hadith nabi telah menyeru kita semua untuk meneruskan perjuangan dakwahnya. Maka telah menjadi tugas kita untuk menyampaikan dakwah ini kepada orang lain pula.

"Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat."
(adith riwayat Bukhari)

Apabila kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini merupakan satu booster untuk peningkatan diri.

Tak mampu? Tak tahan? Segan?
Mari kita lihat ayat yang terakam di dalam Al-Quran. Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-Asr ayat 1-3)

Sesungguhnya telah jelas kepada kita, orang-orang yang berpesan-pesan kea rah kebaikan itu terkecuali daripada golongan manusia yang rugi. Namun ditegaskan ayat tesebut dengan ayat "Demi Masa!" yang mana kita seharusnya cakna, kita tidak boleeh berlengah lagi! Ayuh, bersegeralah menyeru ke arah kebaikan!
Usah bimbang jika kita dihina, diherdik mahupun dipulaukan. Itulah yang dinamakan ujian dan bukanlah namanya perjuangan kalau tak ditempuh mehnah berduri. Perkara penting yang perlu kita tahu, perbaiki diri kita, ajaklah orang lain ke arah kebaikan lalu pertingkatkanlah kemahiran dakwah kita.Firman Allah dalam kitabnya yang mulia:-

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya"
(Surah An Nahl ayat 125)


Apa pula kaitannya dengan pengislaman Saidina Umar al Khattab r.a ?

Sirah nabawiyah bukan sekadar ilmu pengetahuan tetapi coretan yang telah Allah takdirkan untuk kita ambil iktibar dan dijadikan panduan. Lihatlah keberanian Saidina Umar r.a untuk membela agama Allah sedangkan pada awalnya dialah yang paling kuat menentang Islam. Berikutan itu juga, ramai yang mengikut jejaknya mengganut agama suci ini sehingga catatan sirah juga turut menintakan bahawa zaman pemerintahan Khalifah Umar merupakan zaman kegemilangan Islam di mana berkembang luasnya wilayah-wilayah Islam.

Justeru, tiada yang mustahil untuk kita mengubah dan berubah ke arah yang lebih baik. Sejarah telah membuktikan, hakikatnya bermula dari diri sendiri. Allah tidak sekali-kali akan mengubah nasib hambaNya melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Untuk berubah, maka perlunya mujahadah yang tinggi. Mujahadah itu juga satu perjuangan dan sesungguhnya perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis, dan jauh lebih manis dari kemanisan di dunia. Biarlah pahit untuk seketika asal kemanisan itu dimiliki untuk selamanya. Di Jannah.
Insya'Allah.


Read More...

Ahad, 19 Mei 2013

Aku suka dgn caramu mencintaiku




Bismillahirrahmaanirrahiim..
Terdiam diri seketika tatkala dalam sedang asyik berjuang, tiba2 hadir sebuah warkah misteri yang begitu menyentuh kalbu….

 
 Aku Suka Dengan Caramu Mencintaiku 

[untukmu]

Dalam kisah ini ada dua hamba Allah yang sedang di uji keimanannya,
seorang Adam dan Hawa. Berhadapan dengan ujian mengenai soal Cinta dan perasaan yang di mana keduanya belum siap untuk melangkah ke depan,iaitu pernikahan...

Maka dari itu apa yang harus mereka lakukan adalah MENCINTAI DALAM DIAM…
kata-kata inilah yang menjadi tiang,dan mereka bersepakat untuk berteman…..

Adam itu sempat mengirimkan warkah cinta berbau syurga,jika aku simpulkan, warkahnya itu berbunyi…

AKU CINTA KAMU KERANA ALLAH..
sering aku mendengar bicara "Cinta" ini, bahkan mungkin sejak aku di bangku sekolah lagi,
tapi bicara "Cinta Kerana Allah", baru saat ini aku mendengarnya tika aku mengenalmu,
lalu apakah yang dinamakan "Cinta Kerana Allah"itu?

jika sekarang aku mengatakan….

"wahai Ustazah,aku mencintaimu kerana Allah",
apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
aku rasa bukan kerana aku menuruti semua kemahuanmu dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
bukan...aku rasa bukan itu..


maka akan aku katakan "Aku Mencintaimu Kerana Allah..."

ketika aku menyayangimu kerana aqidahmu,

ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah..

ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu..

ketika aku berlapang dada dengan teguranmu..

ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..

ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh..

ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu..

ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu…

ketika aku membuka lebar-lebar pintu kemaafan untukmu..

ketika aku menjaga rahsiamu..

dan ketika terkadang aku perlu melepaskanmu dengan penuh keikhlasan..

jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu dan aku melakukannya,dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah..

Sahabatku,apa kau juga "mencintaiku kerana Allah"?.......

(inilah penyampaian seorang adam)


subhanAllah,aku bergetar membacanya dan sangat kagum akan kesolehannya,
terima kasih ya Allah,Engkau telah mempertemukan aku kepada hamba yang selalu membawaku ke jalan yang benar.

dan dalam diam, hatiku berbicara,
"Dalam diam aku mencintaimu,aku serahkan rasa ini kepada Sang Pemilik Hati...kerana dengan cara ini aku yakin jika Allah menjodohkan kita,maka Allah akan mempertemukan Kita,
masih ingatkan salah satu ayat Allah yang berbunyi,

"wanita baik untuk laki-laki yang baik dan sebaliknya"
itulah janji Allah yang terkandung dalam kitabNya..

aku belum berani mengatakan "Aku Mencintaimu" kerana aku sendiri belum cukup mencintai Tuhanmu,sebelum aku mengatakan aku mencintaimu,Maka.,izinkan aku mencintai Tuhanmu terlebih dahulu..


aku yakin dengan imanmu, kau bisa menjaga izzahku.. Terima kasih aku ucapkan kepadamu wahai Adam yang selalu menyedarkan aku dikala aku lalai..

Maka akan aku jadikan penantian ini sebagai jalan menuju keberkatan dengan

Taqarub ilallah(mendekatkan diri kepada Allah)

Tholabul'ilmi(menuntut ilmu)

islah(memperbaiki diri)

selalu menjaga hijab dan izzahku

di celah-celahan waktuku dengan Rabb ku,ku isi penantianku dengan ukiran tinta cintaku dengan syair Doa untukmu..

aku curahkan segala perasaanku kepadamu dalam lembaran-lembaran diariku selama dalam penantian...

Tentang Cinta Dan Rindu,tentang Harapan dan Doa,meskipun saat ini kau tak tahu surat itu,akan aku berikan surat itu saat waktunya tiba,saat diriku dan dirimu terikat kukuh oleh mitsaqan Ghalizah(perjanjian yang berat)yang Allah telah menjadi saksinya….

biarlah waktu yang bicara,kerana waktu tak pernah berdusta...

InsyaAllah hatiku sentiasa terjaga dalam persinggahan Cinta yang Agung saat ta'aruf ku berlabuh...

InsyaAllah jika Allah menjodohkan kita, moga ia mengalir indah di Mahligai Rumah Tangga..

bila yakin telah tiba,
teguhkan Azzam di dalam jiwa,
kesabaran itu bisa menjadi Bunga…

untukmu calon imam ku...

Read More...

Selasa, 14 Mei 2013

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut



Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.



1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.


2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.


3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.


4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?


5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.


6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.


7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.



8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.


9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.


10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.


11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.


12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.


13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh


Read More...

Ahad, 12 Mei 2013

Tatacara Mengerjakan Solat Witir



Solat Witir 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal

8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:


أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir.  (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.)



Solat Witir 3 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal

8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal

8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri



Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.)


Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam (Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.)


Read More...

DI PENGHUJUNG WAKTU






Aku melihat seakan Fir'aun hidup kembali, begitu banyak orang-orang yang haus kekuasaan.


Aku dihadapkan dengan orang yang di beri amanat khianat, yang khianat diberi amanat.



Aku melihat amanat telah tercabut dari hati pemimpin-pemimpin.

Aku melihat orang tak peduli lagi dengan siapa yang memimpin, syariat telah ditinggalkan.

Aku menyaksikan ulama-umara bodoh kerana ilmu telah tercabut darinya.
Aku ditengah-tengah medan perang pemikiran, penyimpangan-penyimpangan yang telah dibenarkan, kebenaran telah disamarkan.

Aku melihat seakan-akan Qarun bangkit, begitu banyak orang yang menuhankan harta dan diperbudak olehnya.
Aku berada ditengah-tengah orang rakus yang saling berebut harta, tidak peduli akan halal dan haramnya.

Aku berada ditengah-tengah orang yang saling menipu, tidak menipu tertipu.
Aku berada di pasar dimana hukum dilelong dan diperjualbelikan

Aku melihat perempuan melenggok berpakaian tapi telanjang.
Aku berada ditengah-tengah syahwat yang dilampiaskan tanpa ragu dan malu.

Aku menyaksikan seorang ibu melahirkan anak yang menjadi majikannya.
Aku berada ditengah-tengah anak muda yang menyia-nyiakan orang tuanya.

Aku menyaksikan banyak orang mengaku Nabi, titisan malaikat, bahkan menuhankan dirinya.
Aku menyaksikan peniup seruling yang melenakan setiap orang yang mendengarnya.

Aku menyaksikan orang saling bunuh tanpa sebab yang pasti.
Aku terdampar di tanah darah tumpah dan mengalir sia-sia.

Aku telah kembali pada zaman Jahiliyah seperti yang telah diberitakan oleh Sang Nabi akhir zaman.
Seakan roda waktu berputar ke arah sebaliknya dan zaman dijungkirkan terbalik.

Azab demi azab telah diturunkan sebagai peringatan.
Musibah demi musibah berlomba mengetuk pintu hati.
Tapi mata telah dibutakan, telinga tidak mendengar, dan hati telah terkunci.

Kini aku hidup di atas bumi tua yang renta dan gerah gelisah.
Gunung sebagai pasak telah bergoyang dan hendak tercabut.
Sungai dan laut bagai menuang gelora amarah.

Langit mulai terkoyak dan matahari makin membara terbatuk-batuk.
Bintang-bintang dan benda langit terganggu orbitnya dan mulai berjatuhan.
Lempeng-lempeng bumi mulai mengkerut dan putarannya mulai lamban.

Kini tinggal menunggu kedatangan al-Masih ad-Dajjal yang nyata, sementara 30 lainnya sudah bertebaran.
Kini tinggal menunggu Dinding Pemisah terbuka hingga bertebaranlah Ya'juj dan Ma'juj.
Hingga turunlah Isa Putra Maryam Sang Juru Selamat, yang melelahkan Dajjal, membunuh Yahudi, membasmi babi dan menghancurkan salib-salib.

Kemudian tibalah orang-orang berkaki pendek yang menghancurkan Ka'bah.
Dan Tuhan mempersilakan matahari terbit dari tempat tenggelamnya.
Ketika Israfil meniup Sangkakala, tibalah hari yang telah dijanjikan itu.

Oh Allah...
Tolong Kau tunda dulu peristiwa-peristiwa besar itu.
Tolong Kau tahan adzab-adzab yang akan menimpaku.

Beri aku sedikit waktu Ya Allah...
untuk membersihkan hati dan lisanku.
untuk mencuci gelimang dosa pada setiap jengkal tubuhku.

Beri aku secuil kesempatan Ya Rabb...
untuk bermunajat kepada-Mu.
agar aku dapat bertaubat kepada-Mu...


..:: DM-20100407, ruang renung ::..

..::       (David Muhammad)        ::..
Read More...

Rabu, 8 Mei 2013

Doa untuk orang yang sedang sakit




1. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahwa beliau berkata kepada Tsabit Al-Bunani: “Maukah engkau aku ruqyah dengan ruqyah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?” Tsabit menjawab: “Ya”. Maka Anas membaca:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا
“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari)
Dalam riwayat lain dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau berkata: “Dahulu bila salah seorang dari kami mengeluhkan rasa sakit maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengusapnya dengan tangan kanan beliau dan membaca:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا
“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkanlah petakanya dan sembuhkanlah dia, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada penyembuh kecuali penyembuhan-Mu, sebuah penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa beliau berkata: “Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam meruqyah dengan membaca:
امْسِحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِكَ الشِّفَاءِ لاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ أَنْتَ
“Hapuslah petakanya, wahai Rabb sekalian manusia. Di tangan-Mu seluruh penyembuhan, tak ada yang menyingkap untuknya kecuali Engkau.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa beliau berkata: “Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bila meruqyah beliau membaca:
بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيْمُنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا
“Dengan nama Allah. Tanah bumi kami dan air ludah sebagian kami, semoga disembuhkan dengannya orang yang sakit di antara kami, dengan seizin Rabb kami.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Dari Abu Al-‘Ash Ats-Tsaqafi radhiallahu ‘anhu, bahwa beliau mengeluhkan sakit yang dirasakannya di tubuhnya semenjak masuk Islam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya:
ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ فِيْ جَسَدِكَ وَقُلْ: بِسْمِ اللهِ ثَلاَثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
“Letakkanlah tanganmu pada tempat yang sakit dari tubuhmu dan ucapkanlah, ‘Bismillah (Dengan nama Allah)’ sebanyak tiga kali. Lalu ucapkanlah:
أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang kurasakan dan kuhindarkan,’ sebanyak tujuh kali.” (HR. Muslim)

5. Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda:
مَنْ عَادَ مَرِيْضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيْكَ، إِلاَّ عَافَاهُ اللهُ فِيْ ذَلِكَ
“Barangsiapa mengunjungi orang sakit selama belum datang ajalnya, lalu dia bacakan di sisinya sebanyak tujuh kali:
أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيْكَ
‘Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Pemilik ‘Arsy yang besar, semoga menyembuhkanmu,’ niscaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.” (HR. Abu Dawud, At-Turmudzi, dan dihasankan oleh Al-Hafizh dalam Takhrij Al-Adzkar)

6. Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengunjungiku (ketika aku sakit) dan beliau membaca:
اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا
“Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d. Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d.” (HR. Muslim)
Read More...