Jumaat, 22 Mac 2013

Monolog Diri




Hatiku berdolak dalik tiada ketenangan
Resah gelisah tanpa tujuan

Perbuatanku melampaui tiada batasan
Gerak geri mencurigai tanpa paksaan

Mataku melihat tiada perlindungan
Pandangan alam luas tanpa halangan

Lidahku sentiasa kata tiada panduan
Sebutan bertubi-tubi tanpa sempadan
Terdetik hati mencari jernih hakiki
Rendah diri kepada Illahi

Terasa insaf perbuatan sendiri
Mohon ampun kepada Illahi

Terpandang penuh rasa benci
Minta hati dilindungi Illahi

Tercakap penuh simpati
Kepada Illahi mohon dirahmati

Tiada ulasan: