Bersikan komputer daripada perisian yang
kita tidak gunakan. Saya percaya anda pasti mengalami masalah komputer
yang sering mengalami masalah loading yang terlalu lama.
Sebagai contoh, komputer berjenama
seperti Dell, HP, dan Toshiba biasanya datang dengan pelbagai perisian
tambahan yang sedia dipasang, termasuklah Windows 7 (dengan lesen yang
sah), Microsoft Office, dan sebagainya. Sungguhpun sebilangan perisian
ini sangat penting buat anda, terdapat juga sebilangan besar yang lain
yang tidak anda perlukan.
Saya baru sahaja mendapat komputer Dell
yang baru, dan apabila saya periksa senarai perisian pada Contol Panel,
terdapat banyak daripadanya yang tidak akan saya gunakan termasuklah
Roxio, Skype Toolbar, dan banyak lagi. Malah, perisian anti-virus McAfee
juga sangat menjengkelkan dengan notifikasi kemaskininya yang meminta
saya untuk restart komputer setiap dua hari.
Bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan
Meskipun perisian-perisian ini tidaklah
terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda
pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a
program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.
Anda juga boleh mengelakkan sesetengah
service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows
dimulakan. Ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan
sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara
automatik.
Buka System Configuration dengan menekan
kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. Lihat pada bahagian Services
(pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu)
dan juga Startup. Kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.
Bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?
Sekiranya anda tidak pasti samada
perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu
di Google mengenainya. Jangan risau sekiranya anda ada membuat
kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang
semula pada komputer anda.
Gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!
Namun ingat, jangan terlalu obses dengan
proses optimization dan tweaking ini sehingga anda melakukannya setiap
hari. Komputer dicipta untuk memudahkan kerja anda, bukannya untuk
memeningkan anda. Luangkan masa anda dengan aktiviti yang lebih
menyeronokkan seperti menulis blog, coding program, ataupun bermain
game!
P/S : Bersihkan komputer anda dalam
masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Bebaskan
komputer anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan