Semakin Hari Semakin Banyak Serangan Ke Atas Komputer Yang Wujud Dan Pastinya Ia Menjadi Semakin Menakutkan. Adakah Komputer Kita Selamat Dengan Hanya Sekadar Memasang Antivirus?
Dari antivirus, firewall, website penipu
sehinggalah kepada tindakan menggodam laman web kerajaan, semuanya
berkisarkan keselamatan. Semakin hari semakin baru serangan yang wujud
dan pastinya ia menjadi semakin menakutkan.
Bagi pengguna komputer, adakah cukup sekadar mempunyai ANTIVIRUS?
Bagi pengguna kediaman
mungkin kurang mendapat tempias serangan menggila sebegini tetapi untuk
syarikat dan kerajaan pasti menyakitkan kepala.
Sesetengah syarikat gergasi mempunyai
lebih dari 1000 komputer untuk diuruskan. Memang tidak cukup dengan
hanya memasang antivirus.
Serangan tidak semestinya dari luar
rangkaian. Boleh juga berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak dalaman.
Salah satu puncanya adalah kebocoran data. Data atau fail yang disalin dari komputer pejabat ke dalam pendrive.
Kemudian, dipindahkan dari satu komputer
ke komputer lain. Secara langsung memberikan ‘ruang terbuka’ untuk
penggodam mengambil kesempatan.
“Jadi, apa yang boleh dibuat?”
Penyelesaian terkini adalah dengan menggunakan Endpoint Security.
Mudahnya, Endpoint Security adalah tambahan fungsi kepada antivirus
sedia ada. Ia satu pakej lengkap melindungi komputer dan server pada
sistem rangkaian.
Komponen-komponen utama yang perlu ada pada Endpoint Security adalah:
1. Antivirus & Anti-Spyware – tugasan utama melindungi komputer daripada serangan virus, trojan, malware, spyware dan anasir-anasir jahat yang lain.
2. Personal Firewall – Mengawal akses komputer ke rangkaian-rangkaian lain.
3. Policy Control – Mengawal dan memberikan laluan kepada sesuatu perisian, aplikasi dan perkakasan mengikut polisi yang telah ditetapkan.
4. Network Access Control
– Mengawal rangkaian komputer sama ada untuk akses intranet dan
internet. Hanya komputer yang berada dalam polisi yang ditetapkan sahaja
boleh memasuki rangkaian.
Semua fungsi-fungsi di atas bergabung
untuk mengawal aliran data, akses ke internet, akses ke rangkaian dan
juga keselamatan data. Setakat ini hanya ada 4 Endpoint Security yang
popular di Malaysia, antaranya:
1. Sophos Endpoint Security & Data Protection
2. Symantec Endpoint Protection
3. McAfee Endpoint Protection Suite
4. Trend Micro OfficeScan
P/S : Kawalan akses dan polisi paling penting untuk mengelak kebocoran data,
serangan penggodam dan juga virus. Sekarang, ia sudah jadi satu
keperluan pada syarikat-syarikat kerana kehilangan data adalah perkara
paling ditakuti oleh setiap pengurusan syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan