Kita biasa mendengar serangan serangan komputer seperti virus, kuda trojan dan bermacam lagi tetapi seberapa ramai antara kita tahu maksud sebenar terma terma yang digunapakai tersebut
7 Serangan Komputer Jenis Biasa |
Ini hanyalah sebagai pengetahuan am untuk pengguna komputer. Kita biasa mendengar serangan serangan komputer seperti virus, kuda trojan dan bermacam lagi tetapi seberapa ramai antara kita tahu maksud sebenar terma terma yang digunapakai tersebut. Yang pastinya hanya segelintir sahaja yang tahu apa maksud dan juga jenis jenis serangan komputer ini lakukan.
1. WORM
Mula mula dihasilkan di Xerox Palo Alte Research Center (Xerox PARC) dengan tujuan untuk membuatkan program berjalan dengan lancar tetapi kemudiannya rosak dan fungsinya bertukar dengan merosak serta memadamkan data serta membuatkan komputer merangkak mengalahkan kura kura.
2. Trojan Horse
Dengan menggunakan taktik seperti kuda trojan dalam sejarah peradaban Greek, serangan jenis ini menyamar dengan menjadi
applikasi komputer yang biasa kemudian melakukan kerja backdoor-nya
bagi memberi laluan kepada penggodam dan juga jangkitan virus. Di buat oleh penggodam dari MIT iaitu Dan Edwards. Kerja seperti ini tak ubah seperti apa yang berlaku ketika kejatuhan kerajaan Melayu Melaka suatu ketika dahulu.
3. Phishing
Dimulakan oleh penggodam yang mencuri akaun pengguna American On-Line.
Kebiasaannya pengguna yang ditipu akan menerima e-mail yang akan
redirect ke satu laman web yang menyerupai laman web asal dan kes yang
berlaku selalunya berkaitan dengan penguna pengguna bank. Maklumat yang
dapat di curi kebiasaannya adalah username, kata laluan, nombor kad kredit, maklumat akaun bank.
Perkara terburuk boleh berlaku dalam kes seperti ini adalah kecurian
identiti. Aku biasa menerima e-mail seperti ini mengatakan akaun bank
aku perlu diupdate pada URL yang disediakan. Anda semua jaga jaga kerana
pihak bank takkan sekali kali menghantar apa apa e-mail kepada anda.
4. Script Kiddies
Terma yang mula mula sekali digunapakai oleh Marcus Ranum untuk membezakan antara penggodam sebenar dengan penggodam wannabe.
Script kiddes kebiassaanya mempunyai sedikit pengalaman atau
pengetahuan cetek tentang godaman tetapi masih boleh menghasilkan
ancaman keselematan siber. Biasanya golongan ini mengguna
code/program/script yang dibuat oleh penggodam lain untuk kebaikan diri
sendiri dan mereka tidak tahu ape kesan akibat perbuatan mereka itu.
Golongan ini biasa ditemui pada facebook dengan last name diletakkan
sebagai “hackerz” atau “hackerc” atau sebagainya lah walaupun
kemungkinan besar golongan ini tidak tahu apa apa pasal godaman.
5. Keylogging
Mula mula dibuat oleh Perry Kivolovitz untuk kegunaan Usenet news groups pada tahun 1983. Ia berfungsi dengan merekodkan apa sahaja aktiviti yang di lakukan oleh pengguna keyboard melalui sambungan internet
tetapi terdapat juga alat yang digunakan untuk aktiviti keylogging ini.
Tidak semestinya aktiviti ini adalah haram kerana ia boleh digunakan
oleh ibu bapa untuk mengawasi aktiviti siber anak anak. Tetapi awas
kepada pengguna pengguna internet cafe kerana ada pemilik yang berniat
jahat untuk mencuri data pelanggan mereka jadi kalau boleh elakkan
melakukan kerja penting di internet cafe melainkan terdesak.
6. Social Engineering
Dimulakan oleh Kevin Mitnick dan aktiviti ini dilakukan dengan mendapatkan
atau cubaan mendapatkan data sulit dengan cara “memujuk” pekerja atau
sesiapa yang terlibat dengan oraganisasi yang di-target. Cara
yang biasa di gunakan ialah menjadi penyamar syarikat maintenance dan
salah seorang pekerja akan diminta memberikan maklumat penting untuk
memanipulasikannya bagi mendapatkan maklumat penting syarikat. Cara ini
tiada kaitan langsung dengan program atau code atau virus dan cara ini
juga boleh dilakukan oleh orang yang menyamar jadi cleaner seperti yang
berlaku dalam cerita cerita spy. Baru baru ni ada kes seperti ini yang
masuk Buletin Utama.
7. Crapware
Mula mula ditulis dan dilaporkan oleh Marc Orchant dalam blog ZDNet
beliau dan program ini menggunakan sumber sumber penting sesebuah
komputer seperti RAM dan sebagainya yang tidak diguankan oleh pemilik
komputer. Biasanya program ini akan dimuatturun tanpa keizinan dan di luar pengetahuan tuan punye komputer.
Contoh terbaik ialah AOL yang di install oleh pengeluar komputer.
Kebiasaannya pengguna windows yang terkena manakala sangat jarang
terkena pada pengguna linux.p/s : Walaupun ia dinamakan serangan biasa terhadap komputer, sebagai seorang pengguna kita perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang data dapat dicerobohi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan