Rabu, 16 Januari 2013

Mengapa Tarikh Komputer Tidak Betul?



Tips Komputer ini menerangkan punca dan penyelesaian kepada masalah di mana tarikh dan waktu sistem komputer sentiasa tidak betul.


Gejala Tarikh dan Waktu Komputer Tidak Betul

Ramai pengguna mendapat yang tarikh dan waktu sistem komputer mereka tidak mereka. Ramai juga yang tahu bagaimana hendak memperbetulkan tarikh dan waktu ini secara manual melalui aplikasi Windows. Namun yang menjadi masalah ialah setiap kali komputer ditutup dan dipasang semula, tarikh dan waktu sistem komputer kembali menjadi tidak betul.
 
Sebagai pengguna dan pemilik komputer adalah penting anda memastikan tarikh dan waktu komputer anda sentiasa betul. Ini kerana banyak perisian komputer bergantung kepada tarikh dan waktu yang betul untuk berfungsi dengan baik. Di antara perisian - perisian yang "sensitif tarikh dan masa" adalah seperti sistem operasi Windows itu sendiri, semua jenis perisian yang mempunyai ciri update secara automatik seperti perisian antivirus, anti-spyware, perisian shareware dan lain - lain.
 
Jika tarikh dan waktu sistem komputer tidak betul, adalah berkemungkinan besar sesetengah atau semua perisian - perisian yang disebutkan di atas akan berhenti berfungsi. Ini sudah tentunya menjejaskan pengalaman perkomputeran anda.
 

Bagaimana Komputer Menyimpan Tarikh dan Waktu

Bateri CMOS di papan induk komputer
Bateri CMOS di papan induk komputer
Tarikh dan waktu sistem komputer disimpan berdasarkan kepada jam yang berfungsi menggunakan kuasa letrik sekeping bateri kecil yang dipasang pada papan induk komputer anda. Bateri kecil ini dipanggil bateri CMOS. Semua jenis komputer mempunyai bateri CMOS ini - tidak kira komputer itu adalah dari jenis desktop, laptop, netbook atau tablet.
 
Seperti juga dengan mana - mana bateri lain, bateri CMOS akan lambat laun kehilangan kuasanya. Secara lazim, bateri CMOS boleh bertahan antara 2 hingga 3 tahun. Apabila bateri CMOS telah lupus, tarikh dan waktu sistem komputer tidak akan dikekalkan. Dalam keadaan ini, tarikh dan waktu sistem komputer akan sering dibalikkan kepada tarikh dan waktu piawai yang ditetapkan dalam komputer berkenaan. Tarikh dan waktu piawai ini sering berhampiran dengan tarikh komputer itu dikeluarkan dari kilang.
 

Bagaimana Mengesan "Kehilangan" Tarikh dan Waktu Sistem Komputer

Tarikh dan waktu di System Tray Windows
Tarikh dan waktu di System Tray Windows
"Kehilangan" tarikh dan waktu sistem komputer dapat dikesan dengan cepat dengan melihat tarikh dan waktu yang dipaparkan di System Tray Windows anda. System Tray biasanya terletak di penjuru kanan bawah skrin Windows anda (gambar di sebelah). Jika tarikh yang muncul di System Tray tidak betul adalah kemungkinan besar bateri CMOS anda mengalami masalah.

 

Penyelesaian Masalah

Masalah tarikh dan waktu sistem komputer yang tidak betul ini hanya boleh diselesaikan dengan menggantikan bateri CMOS pada komputer.
 
Proses menggantikan bateri CMOS mengambil tidak lebih dari 20 minit. Ianya mungkin lebih sedikit bagi komputer "padat" seperti laptop, netbook dan tablet. Kosnya pula bergantung kepada harga bateri. Bagi komputer dekstop, harga bateri CMOS adalah kurang dari RM20. Bagi komputer lain harga akan bergantung kepada jenis bateri yang digunakan. Walau apa pun anda digalakkan membawa komputer (atau CPU jika komputer desktop) ke juruteknik yang berpengalaman untuk melakukannya.
 

 

Melaraskan Tarikh dan Waktu Komputer Secara Automatik

Anda boleh menggunakan teknik yang ditunjukkan dalam tutorial animasi Flash di bawah bagi melaraskan tarikh dan waktu sistem komputer anda menggunakan Internet. Ianya adalah lebih cepat dan mudah berbanding dengan melaraskannya secara manual. Jika komputer anda mengalami masalah kehilangan tarikh dan waktu setiap kali komputer ditutup dan dibuka, teknik dalam tutorial di bawah boleh bantu melaraskan tarikh dan waktu dengan cepat sehingga anda dapat menggantikan bateri CMOS komputer.
Read More...

Bagaimana Memulakan Windows Dalam Safe Mode?




 Safe Mode - Klik untuk zoom

Pengenalan

Tips Komputer ini menerangkan teknik bagaimana hendak memulakan komputer berasaskan Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7 dalam Safe Mode. Ramai pengguna tidak tahu bahawa semua komputer Windows dari Windows 95 boleh dimulakan atau boot dalam dua mode. Kedua – dua mode ini dipanggil Normal Mode (mod biasa) dan Safe Mode. Dalam keadaan biasa komputer akan dimulakan (boot) dan digunakan dalam Normal Mode.


Boot Windows Dalam Safe Mode

Namun ada kalanya anda perlu boot komputer di dalam Safe Mode. Safe Mode adalah mod asas di mana hanya sistem operasi Windows sahaja yang dijalankan. Sebarang perisian dan driver yang tidak tiba dengan Windows, tidak dijalankan. Ini termasuklah perisian driver kad video dan bunyi anda.
 
Salah satu kegunaan Safe Mode adalah untuk mengesan dan membasmi virus dan spyware dari komputer. Kebanyakan spyware dan sesetengah jenis virus tidak akan aktif dalam Safe Mode. Namun banyak perisian antivirus dan anti-spyware boleh berfungsi dalam Safe Mode.
Jika anda dapati ada virus atau spyware yang degil yang tidak boleh dibasmi melalui pengimbasan dalam mod biasa Windows, anda boleh boot ke dalam Safe Mode dan cuba melakukan pengimbasan dan pembasmian virus dan spyware tersebut.
 
Di dalam Windows 95, 98 dan Me terdapat butang fungsi untuk boot komputer dari mod biasa ke Safe Mode. Malangnya butang fungsi ini dikeluarkan bermula dari Windows Xp. Namun anda masih boleh boot komputer dari mod biasa ke Safe Mode menggunakan teknik yang ditunjukkan dalam tutorial animasi Flash di bawah. Tutorial ini menggambarkan teknik menggunakan Windows 7 namun teknik dalam Windows Vista dan Windows Xp tidak jauh berbeza.
Read More...

Jangan Abaikan Lampu Ini!



Di setiap komputer anda akan dapati beberapa lampu – lampu kecil. Kebanyakkan orang tahu dan boleh mengenali lampu kuasa (power LED) yang akan menyala setiap kali komputer dipasang. Lampu - lampu ini memberi isyarat penting mengenai apa yang berlaku di dalam komputer, oleh itu jangan abaikan lampu ini.


Klik untuk zoom


Di antara lampu yang sering diabaikan adalah lampu HDD atau Hard Disk Drive LED. Lampu ini sering kelihatan berkelip – kelip apabila komputer digunakan seolah – olah seperti nadi jantung. Ramai pengguna tidak mengendahkan lampu ini dan menganggap kelipannya itu adalah perkara normal. Namun hakikatnya kelipan lampu HDD itu memberikan maklumat penting kepada pengguna berkenaan fungsi komputer. Mengambil tahu akan erti kelipan akan membantu anda menjadi pengguna yang lebih produktif.

 
Kelipan lampu HDD sebenarnya melambangkan aktiviti cakera keras atau Hard Disk Drive (HDD) komputer anda.
 
Setiap komputer dilengkapi dengan sekurang – kurangnya satu HDD. HDD adalah media storan utama komputer dan menyimpan semua maklumat yang diperlukan untuk komputer berfungsi. Tanpa HDD, komputer tidak akan dapat dimula atau digunakan. Adalah di luar skop rencana ringkas ini untuk menerangkan HDD secara terperinci. 
 
Apabila maklumat dibaca atau ditulis ke HDD, lampunya akan berkelip. Kelajuan kelipan menggambarkan betapa sibuknya HDD sedang berfungsi. Lebih laju lampu HDD berkelip, lebih sibuklah ia. Namun apa pula kaitannya dengan anda sebagai pengguna?
 
Apabila HDD sibuk bekerja, komputer kerapkali menjadi perlahan. Dalam keadaan ini komputer mengambil lebih masa untuk respon kepada penaipan atau klik yang dilakukan melalui tetikus. Ada kalanya anda mungkin tidak akan nampak sebarang respon pada komputer kepada arahan yang diberikan melalui papan kunci atau tetikus. Akibatnya apabila HDD sibuk, komputer boleh kelihatan seolah – olah tergantung operasi atau "hang" dan ramai pengguna membuat kesimpulan yang komputer mereka sudah rosak.
 
Sebenarnya komputer dalam keadaan yang disebutkan tadi bukannya rosak malah hanya terlalu sibuk buat seketika. Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan sebegini adalah memberikan komputer masa untuk menyiapkan semua urusan membaca dan menulis ke atas cakera keras (HDD) tadi sebelum mula menggunakannya kembali. Apabila lampu HDD berhenti berkelip atau hanya berkelip sekali - sekala sahaja, anda bolehlah kembali ke urusan komputer anda. Anda akan dapati komputer lebih responsif dan seronok digunakan.
 
Oleh itu sentasa awasi lampu HDD komputer anda. Berhenti menggunakan komputer seketika jika ianya menjadi terlalu sibuk. Mengikut petua ini akan memberikan anda pengalaman perkomputeran yang lebih selesa dan produktif.
 
Pendek kata komputer juga perlukan sedikit kefahaman dan kesabaran dari tuannya.
Read More...

Perbezaan Antara Upgrade dan Update



Istilah Upgrade dan Update sering terdengar apabila perkara berkaitan IT – terutamanya perisian – dibincangkan. Namun terlalu ramai pengguna menganggap yang kedua istilah ini merujuk kepada perkara yang sama. Ini adalah satu salah anggap.
 
Upgrade dan Update tidak sama. Dalam blog ini kami akan jelaskan secara ringkas perbezaan antara kedua istilah ini.
 
Secara ringkasnya Upgrade berlaku apabila keseluruhan sesuatu perisian itu digantikan. Apabila sesuatu perisian di Upgrade, adalah biasa ia mengalami perubahaan pada nama. Sebagai contoh Windows Vista adalah Upgrade kepada Windows Xp. Perubahan pada nama dibayangi juga oleh perubahan pada nombor versi perisian. Sebagai contoh nombor versi Windows Xp adalah 500 sementara nombor versi Windows Vista adalah 600 dan nombor versi Windows 7 – yang merupakan Upgrade kepada Vista – adalah 700.





 
 
Apabila sesuatu perisian di – upgrade, sering berlaku juga perubahan besar pada rupabentuk persian. Tatacara penggunaannya juga mungkin mengalami perubahan. Jadi Upgrade adalah perubahan besar pada perisian.
 
Update pula tidak begitu drastik. Update berlaku apabila sesuatu perisian itu ditambah baik tanpa mengubah fungsi dan rupabentuknya secara mendadak. Satu cara paling popular perisian di update adalah melalui pemasangan Service Pack. Service Pack mengandungi komponen tambahan dan baik pulih yang menjadikan perisian sedia ada lebih stabil, cepat dan cekap. Apabila Service Pack di pasang, nama perisian tidak berubah. Namun nombor versi perisian mungkin berubah sedikit. Sebagai contoh lihat nombor – nombor versi Windows Vista berikut:-
 
  • Windows Vista asal = 600
  • Windows Vista Service Pack 1 = 601
  • Windows Vista Service Pack 2 = 602
 
Begitu jugalah keadaannya dengan versi Windows atau perisian yang lain. Sebagai contoh Windows Xp Service Pack 3 (sering ditulis sebagai WinXp SP3) adalah update kepada WinXp SP2 dan seterusnya.
 
Adalah digalakkan anda memasang Service Pack perisian anda setiap kali ia dilancarkan. Service Pack sering kali percuma dan boleh dimuat turun terus dari laman web pengeluar perisian. Sesetengah perisian boleh di Update menerusi butang Update perisian tersebut. Sesetengahnya pula memeriksa untuk update secara automatik dan memuat turun dan memasangkannya sendiri secara automatik. Setiap pengeluar menggunakan implementasi berbeza untuk menjaga keutuhan perisian keluaran mereka.
 
Jadi secara ringkasnya Update bolehlah dianggap seperti anda melakukan ubah-suai pada kereta anda untuk menjadikannya lebih cantik, laju, canggih, bergaya dan sebagainya. Tapi apabila anda sudah bosan dengan kereta anda, anda akan "upgrade" atau tukar ke kereta baru.
Read More...

10 Cara Pengguna Merosakkan Komputer



Kita semua membuat perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sekali – kala, pengguna komputer juga tidak terkecuali. Kadangkala jika kita tertekan butang yang salah atau klik butang OK di kotak dialog yang salah kemungkinan besar kita akan menukarkan setting komputer ataupun merosakkan perisian penting dalam komputer. Di sini kami senaraikan 10 cara pengguna merosakkan komputer mereka agar anda lebih sedar ketika menggunakan komputer.


Menghindari dari melakukan perkara - perkara ini akan pastinya memanjangkan jangkahayat peralatan komputer anda dan memberikan anda pengalaman perkomputeran yang lebih seronok dan kurang stress.
 
 
1. Tidak mengguna pelaras voltan automatik.
 
Ini merupakan salah satu tindakan yang boleh merosakkan komputer secara fizikal. Ramai yang berfikir bahawa komputer hanya dalam bahaya ketika ribut dan kilat, tetapi hakikatnya apa – apa yang mengganggu litar elektrik boleh menyebabkan peningkatan voltan. 
 
 

Sesuatu semudah membuka suatu peralatan elektrik yang bersambung kepada soket yang sama dengan komputer anda boleh menyebabkan berlakunya peningkatan voltan.
 
Anda boleh melindungi sistem anda daripada peningkatan voltan. Ini dapat dilakukan dengan memasang pelaras voltan automatik atau automatic voltage regulators (AVR). Untuk memberi perlindungan yang lebih baik, anda boleh dapatkan Uninterruble Power Supply atau UPS yang berkebolehan memberikan bekalan elektrik berterusan untuk beberapa minit sekiranya bekalan elektrik luar terputus dengan tiba – tiba. Masa tambahan ini dapat membantu anda menyimpan segala kerja yang sedang anda lakukan dan menutup komputer dengan selamat. UPS sudah semestinya lebih mahal dari AVR yang tiada fungsi bekalan berterusan ini.
 

2. Melayari Internet tanpa pelindungan firewall
 
Ramai pengguna komputer rumah menyambung komputer ke kabel telefon atau modem DSL dan terus melayari Internet, tanpa menyedari bahawa mereka sedang meletakkan komputer mereka dalam risiko diserang virus, spyware atau penggodam (hackers). Setiap komputer yang disambung ke Internet hendaklah dilindungi oleh perisian firewall.
 
Contoh firewall yang terdapat di pasaran adalah seperti KERIO atau ZONE ALARM, Windows juga mempunyai firewall yang sedia ada iaitu ICF/Windows Firewall. Firewall juga amat berguna kerana jika anda menggunakan laptop firewall akan tetap berada dengan anda jikalau anda membawa laptop anda ke tempat yang menawarkan perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless). Namun demikian, hanya memiliki firewall sahaja tidak mencukupi, ia patut dipasang dan diset dengan betul.

 
3. Tidak mengemas kini program antivirus dan anti-spyware
 
Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan pengguna tidak sukakan perisian antivirus. Ianya bukanlah satu perisian produktiviti yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan berbagai jenis dokumen kerja. Antivirus juga boleh menghalang program yang ingin dijalankan dari berfungsi baik. Anda mungkin perlu menyahaktifkan untuk memasang sesetengah perisian dan ianya perlu dikemaskinikan selalu untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya. Pemasangan antivirus juga menyebabkan komputer menjadi berat dan perlahan. Tarikh langganannya amat pendek dan anda sering diminta bayar untuk terus menggunakannya. Apabila pengguna gagal membuat bayaran, antivirus gagal berfungsi dan menjadi satu kemudaratan kepada pengguna.
 
Namun dalam suasana kini, anda tidak boleh biarkan komputer anda tanpa perlindungan antivirus. Program – program yang dikesan oleh antivirus – yakni virus, trojan, worm dan sebagainya boleh membawa lebih banyak kerosakan dan kerugian masa serta wang berbanding dengan waktu menguruskan antivirus itu sendiri.
 
Spyware merupakan satu lagi ancaman yang semakin membesar, program ini akan memasang dirinya ke komputer anda (biasanya tanpa pengetahuan anda) dan mengumpul kesemua data dan maklumat mengenai komputer anda lalu menghantarnya balik kepada pemilik spyware tersebut. Spyware adalah punca nombor satu komputer menjadi perlahan dan lembap. Kebanyakan perisian anti-virus tidak mengesan spyware dan oleh itu adalah penting untuk memasang program anti-spyware yang khusus.

 
4. Memasang dan Membuang Program Sewenang - Wenangnya
 
Ramai pengguna amat gemar memasang berbagai jenis perisian freeware dan shareware yang dimuat turun dari Internet. Tidak kurang juga yang membeli perisian – perisian cetak rompak dari pusat membeli belah. Sesetengah orang berpendapat lebih banyak perisian dimuatkan ke dalam komputer, maka lebih canggih dan berkuasalah komputer mereka.
 
Hakikatnya adalah semakin banyak perisian yang anda pasang, semakin besarlah risiko komputer anda dijangkiti virus atau spyware yang akan merosakkan sistem anda. Risikonya adalah lebih besar jika perisian dimuat turun dari laman – laman web yang dicurigai.
 
Semakin banyak perisian yang dipasang dan dibuang secara berulang akan memperlahankan atau merosakkan sistem komputer anda. Pembuangan program tidak semestinya membuang perisian tersebut secara menyeluruh dan juga tidak membuang sebarang virus dan spyware yang ditanam olehnya. Akibatnya prestasi komputer anda tetap semakin perlahan.
 
Anda seharusnya hanya memasang perisian yang betul-betul anda perlukan. Anda juga seharusnya mengurangkan pemasangan dan pembuangan program.
 
 
5. Minyimpan cakera keras yang penuh.
 
Antara kesan pemasangan perisian yang tidak dipantau adalah ia akan memenuhi cakera keras anda. Setiap komputer dibekalkan dengan cakera keras yang mempunyai kapasiti atau muatan ruang bebas atau free space yang terhad. Setiap kali perisian dipasang, fail dimasukkan ke dalam cakera keras. Fail memenuhi ruang bebas cakera. Akibat dari ini kapasiti ruang bebas cakera berkurangan. Jika ini tidak dikawal, lambat – laun komputer anda akan menjadi perlahan. Anda sepatutnya memastikan ruang bebas cakera keras anda tidak menurun kurang dari 10% dari kapasiti asalnya. Ini bermakna jika cakera keras anda adalah 200GB, ruang bebas tidak harus dibenarkan jatuh ke bawah paras 20GB.
 
Anda boleh menggunakan perisian “disk defragmenter” yang dibina ke dalam Windows XP (Programs/Accessories/System Tools) ataupun perisian lain. Anda juga boleh gunakan program “Disk Cleanup” yang terdapat di dalam Windows untuk mencari dan membersihkan fail – fail yang tidak diperlukan dalam komputer anda dan mendapat kembali ruang bebas cakera.
 
 
6. Membuka kesemua lampiran.
 
Kebanyakan pengguna suka membuka lampiran-lampiran yang dihantar melalui e-mel tanpa meghiraukan bahawa lampiran tersebut kemungkinan besarnya mengandungi virus yang boleh memadamkan kesemua data yang terkandung di dalam cakera keras.
 
Antara lampiran yang paling berbahaya adalah lampiran yang mempunyai sambungan seperti – exe, cmd dan macam – macam lagi. Dahulunya kita berasa bahawa fail Microsoft Word dan grafik yang didapati melalui e-mel adalah selamat, tetapi malangnya tidak lagi. Satu fail seperti greatfile.jpg.exemungkin disangkakan hanyalah gambar grafik atau foto oleh kebanyakkan pengguna. Hakikatnya ialah ianya adalah satu program yang mungkin mengandungi virus, trojan atau worm.
 
 
7. Klik segala-galanya.
 
Jika anda jenis orang yang suka klik kesemua benda yang boleh diklik, anda seharusnya memberhentikan tabiat tersebut. Ini kerana lampiran atau link yang diklik mungkin mengandungi kod Active X yang merupakan perisian yang boleh merosakkan sistem anda.
 
Jika anda tertekan link yang salah ia mungkin membawa anda ke laman web yang mengandungi usur lucah, cetak rompak dan berbagai lagi yang boleh mengundang masalah buat anda.
 
 
8. Berkongsi fail
 
Kita dididik dari kecil bahawa amalan berkongsi itu adalah baik. Namun dalam dunia kini, bukan semua jenis perkongsian itu adalah baik. Dalam alam siber, berkongsi maklumat peribadi seperti nama, e-mel, alamat rumah, nombor telefon dan lebih teruk lagi nombor pin akuan bank serta kad kredit boleh menyebabkan anda jadi muflis! Semua bentuk maklumat peribadi – termasuk fail dokumen peribadi dan kerja anda – hanya harus dikongsi dengan mereka yang anda benar – benar anda percaya dan ada keperluan berbuat demikian.
 


9. Memilih kata laluan yang salah.
 
Ini merupakan satu kesilapan yang kerap dilakukan. Apabila menetapkan katalaluan atau password untuk apa jua tujuan, jangan memilih kata laluan yang mudah seperti hari jadi, no KP ataupun nama orang yang tercinta. Kata laluan seharusnya panjang sehingga 14 aksara dan mengandungi campuran huruf dan nombor. Tidak ada salahnya anda menggunakan satu atau dua katalaluan sahaja untuk semua tujuan – asalkan anda boleh mengingatnya dan ianya tidak mudah diteka. Akhirnya janganlah buat katalaluan begitu rumit atau "canggih" sehinggakan anda sendiri pun tidak dapat mengingatinya!
 
 
10. Tidak membuat fail salinan sandar.
 
Malang tidak berbau. Komputer, seperti juga mesin – mesin yang lain akan satu hari rosak jua. Jika kerosakan ini melibatkan cakera keras, ia boleh menyebabkan anda mengalami kehilangan data atau maklumat secara kekal. Walaupun kebanyakan pengguna tidak banyak menjana data atau maklumat peribadi, namun bagi segelintir yang aktif menggunakan komputer untuk tujuan kerjaya dan pendidikan, kehilangan data peribadi yang kekal ini boleh diibaratkan satu malapetaka yang besar. Komputer boleh diperbaiki dan jika perlu digantikan dengan yang baru. Segala perisian boleh diisi semula dari CD-ROM atau dimuat-turun dari Internet. Namun tidak ada sebarang cara untuk anda mendapatkan semula data peribadi anda sekiranya sudah hilang atau rosak secara kekal. Dalam keadaan ini hanya satu perkara sahaja yang boleh menyelamatkan anda – data peribadi yang sudah disandarkan atau backup.
 
Membuat salinan sandar atau backup copy fail – fail peribadi merupakan aspek penggunaan komputer yang paling kerap diabaikan – dan seringkali pengguna terpaksa menanggung kos tinggi untuk kecuaian ini. Dahulunya proses membuat salinan sandar atau backup ini mungkin mahal dan mengambil masa yang lama, namun kini ianya sungguh mudah sekali. Bagi kebanyakan pengguna peralatan thumb drive sudah memadai untuk memuatkan salinan segala data peribadi. Ada juga pengguna yang menggunakan dua thumb drive – satu sebagai media storan utama dan yang kedua sebagai media storan sandaran atau backup copy.
Jadi jika anda ada menghasilkan maklumat atau data penting, pastikan anda menyimpan salinan sandarnya. Ianya boleh menjadi penyelamat tatkala mesin anda dilanda kerosakkan serius.

Read More...

Lima Teknik Cegah Komputer Dari Diformat




Untuk mencegah komputer dari selalu diformat, anda hanya perlu pelajari sedikit teknik baik-pulih komputer sahaja. Dengan cara ini apabila komputer anda menunjukkan petanda - petanda masalah seperti yang disebutkan dalam bahagian pertama rencana ini, anda akan menggunakan teknik baik-pulih yang sesuai untuk memperbaiki masalah berkenaan dan justeru cegah komputer dari perlu diformat.
 
Mengamalkan teknik ini akan menjimatkan masa, wang dan yang paling penting sekali membina keyakinan diri anda menjaga dan memperbaiki masalah komputer anda sendiri.
 
Teknik baikpulih komputer yang akan turunkan di bawah sebenarnya tidak memerlukan anda belajar jadi juruteknik komputer. Kebanyakan masalah komputer di atas boleh diperbaiki tanpa perlu menggunakan sebatang pemutar skrew (screw driver) atau membuka komputer langsung. Sesiapa sahaja boleh mempelajari dan mengamalkan teknik baik-pulih komputer yang kami akan turunkan di bawah. Apa yang diperlukan hanyalah untuk anda meluangkan sedikit masa dan punya keinginan pelajari sesuatu yang baru.

 

Teknik No. 1: Belajar Menjaga Komputer Dari Ancaman Virus dan Spyware

 
Stress komputer kena virus
Dua sebab pertama komputer selalu di format adalah:-
 
1. Komputer disyaki dijangkiti virus atau malware lain.
2. Komputer sudah menjadi perlahan, "berat" dan sering tergantung operasi (hang).
 
Punca sebenar kedua masalah ini sebenarnya adalah jangkitan virus dan malware atau spyware. Jadi jalan penyelesaiannya adalah mudah iaitu:-
  1. Belajar bagaimana mengesan jangkitan virus dan spyware
  2. Belajar bagaimana membasmi virus dan spyware dengan betul dan selengkapnya dari komputer anda.
  3. Belajar bagaimana hendak menghindari komputer dari dijangkiti virus dan spyware.
Mempelajari 3 teknik ini akan menyelesaikan 50% masalah komputer anda. Setelah menguasi dan mengamalkan ketiga teknik ini dengan baik anda akan dapati kekerapan anda perlu menformat komputer turun secara mendadak. Sebagai contoh jika sebelum ini anda menformat komputer setiap bulan, setelah menguasai teknik di atas anda akan hanya perlu format komputer setiap 6 bulan sekali - itu pun jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

 

Teknik No. 2: Belajar Teknik Pengurusan Fail dan Program Komputer

Tanda merah bermakna cakera keras sudah hampir penuh
Tanda merah bermakna cakera keras sudah hampir penuh
Dua masalah komputer selanjutnya yang menjadi sebab komputer selalu diformat ialah:-
 
3. Peralatan komputer seperti tetikus, keyboard atau pencetak tidak berfungsi lagi.
4. Cakera keras komputer sudah "penuh"
 
Kedua masalah ini sering disebabkan oleh gangguan kepada fail - fail komputer. Masalahnya ada tiga jenis:-
  1. Fail komputer dipadamkan atau digantikan secara tidak sengaja.
  2. Fail komputer disimpan di tempat yang salah.
  3. Pengguna membuang perisian komputer menggunakan teknik yang salah.
Akibatnya perisian yang menjalankan peralatan komputer menjadi rosak dan menjejaskan fungsi alatan tersebut. Juga ramai pengguna gemar memasang bermacam jenis perisian ke dalam komputer mereka namun tidak tahu atau tidak ingin membuang perisian yang tidak berguna atau sudah lupus tarikh penggunaannya. Akibatnya, komputer menjadi penuh sarat dengan fail - fail perisian yang tidak digunakan dan ini memperlahankan perjalanan komputer serta menyebabkan komputer terasa "berat".


Teknik No. 3: Fahami Sistem Rangkaian dan Internet Anda

Sebab kelima komputer sering di format ialah:-
 
5. Internet sudah tidak dapat diakses atau perjalanannya amat perlahan.
 
Masalah tidak dapat mengakses Internet atau bermacam masalah lain berkaitan Internet biasanya disebabkan oleh 3 perkara berikut:-
  1. Pengguna tidak memahami bagaimana membentuk dan membetulkan sambungan Internet di komputer. Masalah jenis ini sering dihadapi oleh pengguna yang menggunakan pakej Internet wireless dengan kad SIM.
  2. Pengguna membuat andaian salah bahawa jika ianya tidak dapat log masuk ke dalam akaun Facebook, Google atau lain - lain adalah petanda komputer harus diformat.
  3. Perjalanan Internet yang perlahan menyebabkan pengguna menformat komputer.
Kesemua masalah di atas punya punca dan penyelesaian yang berbeza. Jadual di bawah menghurai jenis - jenis masalah dengan sambungan Internet, punca serta jalan penyelesaiannya.
 
Kesan Punca Teknik Baik Pulih
Tidak dapat melayari sebarang laman web Masalah sambungan Internet Perbaiki sambungan atau buat sambungan baru.
Boleh layari laman web syarikat Internet sahaja. Masalah dengan akaun Internet Mungkin ada bil tertunggak atau top-up sudah habis. Hubungi talian hotline syarikat ISP anda untuk kepastian.
Sambungan Internet terputus - putus Masalah dengan pendawaian atau signal wireless yang lemah. Periksa sambungan kabel Internet. Pastikan anda menerima sekurang - kurangnya 3 bar untuk signal wireless anda.
Tidak dapat log masuk ke akaun Internet seperti Facebook, Tweeter dan lain - lain. Jika masalah hanya pada satu akaun sahaja, ianya bukan masalah sambungan Internet. Cuba log masuk ke akaun lain. Jika anda berjaya log masuk ke akaun lain, kemungkinan besar anda telah hilang atau lupa password akaun yang bermasalah. Gunakan pautan Forgot Password untuk dapatkan password anda kembali.
Perjalanan Internet lembab bagi semua laman web. Mungkin sambungan Internet. Mungkin juga masalah komputer anda. Periksa dengan syarikat Internet anda jika ada gangguan Internet. Periksa sama ada anda sudah melebihi kuota penggunaan Internet.
 

 

Teknik No. 4: Awasi Perisian Yang Anda Pasang Ke Dalam Komputer

 
Browser yang sarat dengan toolbar pastinya perlahan.   
Bagi masalah terakhir di atas (yakni perjalanan Internet perlahan) anda harus pastikan juga bahawa anda tidak memasang terlalu banyak perisian add-on bercorak toolbar pada browser komputer anda.
 
Ramai pengguna begitu ghairah memasang apa sahaja perisian percuma yang mereka boleh dapatkan dari Internet. Diantara perisian yang paling banyak dipasang adalah bermacam jenis toolbar percuma yang berfungsi di dalam browser (lihat gambar di sebelah). Ramai pengguna menganggap lebih banyak perisian sebegini yang mereka pasang, maka lebih canggihlah komputer mereka. Hakikatnya adalah jauh bebeza. Kebanyakan perisian jenis toolbar memberikan amat sedikit fungsi berguna kepada pengguna. Banyak diantaranya telah diikhtiraf sebagai spyware - seperti Babylon toolbar. Sesetengahnya pula merupakan perisian antivirus dan anti-spyware yang palsu yang sebenarnya menanam virus dan spyware ke dalam komputer anda.
 
Semua perisian toolbar memakan sumber komputer dan menyebabkan perjalanan Internet menjadi perlahan kerana membebankan browser. Di antara perisian toolbar yang sering menimbulkan masalah adalah seperti Yahoo Toolbar, Alexa Toolbar, Microsoft Toolbar, Ask Toolbar, Stumbleupon Toolbar dan Babylon Toolbar

Jika komputer anda dilengkapi dengan toolbar - toolbar ini (lihat gambar di atas), anda dinasihatkan membuangkannya. Sesetengah dari toolbar ini boleh dibuang dari applet Add/Remove Programs di Control Panel. Sesetengahnya hanya boleh dibuang melalui perisian antivirus dan anti-spyware menggunakan teknik imbasan manual. Ada juga segelintir toolbar yang begitu degil (seperti Babylon Toolbar) yang hanya boleh dibuang secara manual menggunakan teknik boot disk. Teknik ini memerlukan satu cakera khas untuk memulakan komputer dan kemudian pengguna harus mencari fail toolbar tersebut secara manual dan memadamkannya.

Setelah anda membuang semua toolbar yang tidak berguna dari komputer anda, ambillah langkah berjaga - jaga bagi menghindari dari terpasang perisian sedemikian di masa depan. Semua pengguna harus sedar bahawa sekarang ini banyak perisian toolbar dipasang secara automatik apabila anda memasang perisian lain yang tiada kaitan dengannya.
 
Satu contoh digambarkan oleh grafik disebelah. Ia merupakan satu skrin pemasangan perisian Java yang diperlukan oleh komputer. Semasa proses pemasangan muncul pula skrin yang menawarkan Yahoo Toolbar secara percuma. Lebih mengejutkan adalah pemasangan Yahoo Toolbar diaktifkan secara automatik melalui kotak check box Install the Yahoo Toolbar. Ramai pengguna yang lalai akan terus klik Next dan ini mengakibatkan Yahoo Toolbar dipasang tanpa mereka sedari. Dengan cara beginilah jutaan pengguna diperdaya untuk memasang perisian yang mereka tidak perlukan. Diharapkan dengan penjelasan ini anda akan berikan lebih tumpuan kepada skrin pemasangan perisian dan tidak hanya klik Next, Next dan Next sahaja.

 

 Teknik No. 5: Membaik Pulih Windows

Password Windows hilang
Password Windows hilang
Masalah ke enam yang menyebabkan komputer sering diformat adalah pengguna hilang atau terlupa password akaun Windows mereka. Terdapat berbagai cara anda boleh melesaikan masalah ini:-
  1. Jika komputer anda ada lebih dari satu akaun Windows, masuk ke akaun lain dan buangkan password akaun anda. Akaun kedua ini sudah semestinya satu akaun dengan hak Administrator atau pentadbir.
  2. Jika Windows anda hanya ada satu akaun Windows sahaja, anda boleh gunakan perisian cakera Password Recovery dan mendapatkan kembali password anda.
Jika anda tidak tahu atau tidak boleh melakukan mana - mana langkah di atas, anda masih tidak perlu menformat komputer anda. Apa yang anda harus lakukan adalah bawa komputer anda ke juruteknik berpengalaman dan suruh dia membuang password Windows anda dengan cakera Password Recovery. Perkara ini sering boleh dilakukan dalam 20 minit dan anda tidak perlu meninggalkan komputer di kedai semalaman. Dengan cara ini anda tidak kehilangan sebarang fail perisian dan data yang penting. Jika pekedai atau juruteknik tersebut memberikan berbagai alasan, elok cari orang lain sahaja.
Bagi menghindarkan masalah di atas dari berulang, ikuti petua - petua ini:-
  1. Simpan password anda dalam aplikasi Contacts telefon bimbit anda. Masukkan First Name sebagai WinPass dan Second Name sebagai password Windows anda diikuti dengan nombor telefon anda sendiri. Dengan cara ini jika anda hilang atau terlupa password Windows, anda masih boleh log masuk.
  2. Cipta satu lagi akaun Windows dengan hak Administrator dan jangan pasangkan sebarang password kepadanya. Dengan cara ini jika anda terkunci dari akaun asal anda, anda boleh gunakan akaun kedua untuk padamkan password anda dan log masuk kembali.
  3. Jika anda berkongsi komputer, awasi apa yang dilakukan oleh pengguna lain di komputer anda. Soal dan tegur mereka jika anda melihat mereka memasuki Control Panel dan cuba bermain setting-nya. 
Satu contoh masalah Windows tidak dapat bermula
Satu contoh masalah Windows tidak dapat bermula
Masalah kedua berkaitan Windows yang sering menyebabkan komputer dihantar untuk diformat adalah sistem operasi Windows tidak boleh dimulakan. Seringkali muncul bermacam jenis mesej di skrin. Salah satu mesej yang paling lazim adalah NTLDR is missing seperti yang digambarkan di sebelah. Masalah ini boleh melanda mana - mana versi Windows dari Windows Xp hingga ke Windows 8.
 
Anda boleh memperbaiki masalah ini dengan menjalankan komputer menggunakan DVD Windows. Kemudian masuk ke option System Repair dan ikuti arahan selanjutnya.
Jika anda tidak tahu atau tidak boleh melakukan mana - mana langkah baik pulih di atas, anda masih tidak perlu menformat komputer anda. Apa yang anda harus lakukan adalah bawa komputer anda ke juruteknik berpengalaman dan suruh dia memperbaiki masalah tersebut dengan cakera baikpulih komputer yang sesuai. Anda harus menyatakan masalah anda dengan jelas. Sebagai contoh bagi masalah password Windows hilang anda boleh jelaskan:-
 
"Saya telah hilang password Windows saya. Saya hendak anda memadamkan password Windows dengan cakera Password Recovery yang sesuai. Saya menggunakan Windows Xp/Vista/7/8. Saya tidak mahu komputer saya diformat kerana saya ada banyak fail penting peribadi di dalamnya. Boleh anda tolong saya?"
 
Jika anda meminta bantuan dengan cara yang baik dan rendah diri, ramai juruteknik sanggup membantu anda. Namun jika pekedai atau juruteknik tersebut memberikan berbagai alasan, elok cari orang lain sahaja.
 
Masalah - masalah di atas sering boleh diselesaikan dalam 30 minit dan anda tidak perlu meninggalkan komputer di kedai. Dengan cara ini anda tidak kehilangan sebarang fail perisian dan data yang penting. Kos baikpulihnya juga haruslah lebih murah dari menformat komputer.



 
Read More...

Cegah Komputer Anda Dari Diformat



Bagi kebanyakan pengguna, menformat komputer sudah menjadi satu lumrah. Hampir setiap bulan, mereka akan menformat komputer mereka. Rencana ini akan menerangkan bagaimana anda boleh hentikan gejala buruk ini dan mencegah komputer anda dari perlu diformat.



Lima Keburukan Menformat Komputer

Anda tidak digalakkan menformat komputer atas sebab - sebab berikut:-
 
1. Menformat komputer dengan kerap merupakan satu pembaziran waktu dan tenaga. Secara lazimnya menformat komputer mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah sehingga 3 jam jika banyak perisian yang perlu dipasang semula.
Stress format komputer

2. Menformat komputer boleh mengakibatkan kehilangan maklumat penting secara kekal. Apabila anda menformat komputer segala settings dan ketetapan komputer anda akan hilang. Ini termasuklah username dan password bagi semua akaun perisian dan perkhidmatan Internet seperti e-mel, Facebook dan sebagainya. Juga jika anda telah mengubah settings Windows dan perisian seperti wallpaper, bahasa dalam Microsoft Office - semua ini akan hilang dan anda mungkin terpaksa menghabiskan berjam - jam untuk menetapkan segala - galanya - itu pun jika anda boleh mengingat semua maklumat ini.

Stress format komputer 3. Menformat boleh menyebabkan sesetengah peralatan komputer tidak berfungsi lagi. Diantara peralatan komputer yang sering menghadapi masalah setelah komputer diformat ialah skrin monitor/laptop, speaker, fungsi rangkaian dan Internet. Perkara ini terjadi kerana kesemua peralatan ini memerlukan sejenis perisian kecil yang dipanggil driver untuk berfungsi dengan betul.
 
Apabila komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan seringkali tidak dipasang semula secara automatik. Akibatnya komputer akan berada dalam keadaan separa berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer mungkin tidak normal, speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak akan dapat akses rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda sering perlu memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet sebelum komputer boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.


4. Menformat komputer boleh membatalkan jaminan. Jika anda membeli komputer berjenama seperti HP, Dell, Acer, Toshiba dan lain - lain kemungkinan besar komputer anda tiba dengan jaminan perisian. Jika anda menformat komputer dalam tempoh jaminan, anda mungkin akan membatalkan jaminan tersebut. Akibatnya anda tidak lagi layak menerima sebarang khidmat jaminan percuma untuk masalah komputer anda. Oleh itu jangan sekali - kali menformat komputer dalam tempoh jaminan.
 
5. Menformat komputer bukan murah. Bagi anda yang sering menghantar komputer ke kedai untuk diformat, anda boleh membelanjakan sehingga ratusan ringgit setiap kali menformat komputer. Wang sebanyak itu lebih baik digunakan untuk mengikuti kursus komputer yang berfaedah atau dijadikan simpanan. Sila berikan maklum balas di sebelah berkenaan berapa banyak kos format anda.


Mengapa Komputer Selalu Diformat?

Format memadamkan semua data dalam cakera keras komputer anda.
Format memadamkan semua data dalam cakera keras komputer anda.
Sebelum anda boleh memahami teknik mencegah komputer dari diformat, anda perlu memahami mengapa komputer selalu diformat. Ramai pengguna memberikan 7 sebab berikut mengapa mereka kerap menformat komputer:-
  1. Komputer disyaki dijangkiti virus atau malware lain.
  2. Komputer sudah menjadi perlahan, "berat" dan sering tergantung operasi (hang).
  3. Peralatan komputer seperti tetikus, keyboard atau pencetak tidak berfungsi lagi.
  4. Cakera keras komputer sudah "penuh"
  5. Internet sudah tidak dapat diakses atau terlalu perlahan.
  6. Lupa katalaluan atau password untuk log masuk ke Windows
  7. Komputer sudah tidak boleh bermula lagi.
Jika komputer anda menunjukkan SEMUA gajala seperti yang dinyatakan di atas, kami akui anda harus menformat komputer anda. Namun hakikatnya kebanyakan orang akan menformat komputer apabila hanya berdepan dengan satu atau dua masalah di atas sahaja. Percaya atau tidak, tidak ada satu dari sebab - sebab di atas yang memerlukan anda menformat komputer.


Read More...

Incognito Browsing Dalam Google Chrome



kebanyakan perisian browser terkini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil Incognito Browsing di dalam Google Chrome.


Memulakan Incognito Browsing
 
 
Memulakan Incognito Browsing
Langkah-langkah untuk memulakan Incognito Browsing dalam Google Chrome:
  1. Di bahagian atas tetingkap Google Chrome, klik butang dengan ikon spana dan pilih New Incognito Window.
Mesej Incognito Browsing - Klik untuk paparan lebih besar.
 
 

2. Paparan seperti di bawah akan muncul bagi mengesahkan bahawa anda berada dalam mod Incognito Browsing.
Ikon Perisik Melambangkan Incognita Browsing Sedang Aktif
Ikon Perisik Melambangkan Incognita Browsing Sedang Aktif
Seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer, Google Chrome juga mempunyai gaya yang tersendiri bagi menunjukkan ia berada dalam keadaan Private Browsing. Satu ikon ‘perisik’ seperti di sebelah akan kelihatan di penghujung atas kiri tetingkap Google Chrome bagi menunjukkan ia berada di dalam mod Private Browsing atau Incognito Browsing.

 

 

Bagaimana Untuk Keluar Dari Mod Incognito Browsing

Caranya adalah sama dengan Internet Explorer iaitu memadai dengan hanya menutup browser tersebut. Klik butang (X) untuk keluar daripada mod Incognito browsing.
Tutup Tetingkap Untuk Keluar Dari Mod Incognito Browsing
Tutup Tetingkap Untuk Keluar Dari Mod Incognito Browsing
 
 
Read More...

InPrivate Browsing Dalam Internet Explorer



kebanyakan perisian browser terkini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil  InPrivate Browsing di dalam Internet Explorer.


Memulakan InPrivate Browsing Dalam Internet Explorer
 
 
Memulakan InPrivate Browsing Dalam Internet Explorer
Langkah-langkah untuk memulakan InPrivate Browsing dalam Internet Explorer:
 
1. Di bahagian atas tetingkap Internet Explorer, klik butang Tools dan pilih Safety dan InPrivate Browsing.
Mesej InPrivate Browsing Dalam Internet Explorer
Mesej InPrivate Browsing Dalam Internet Explorer
 
 
2.  Seterusnya, skrin seperti ini akan dipaparkan setelah anda menghidupkan InPrivate Browsing.
Dalam keadaan InPrivate Browsing, anda dapat lihat bahawa logo“InPrivate” akan dipaparkan di setiap tab yang anda buka seperti yang digambarkan di bawah.
Logo InPrivate di sebelah kotak URL Internet Explorer
Logo InPrivate di sebelah kotak URL Internet Explorer

 

Bagaimana Keluar Dari Mod InPrivate Browsing

Keluar Dari InPrivate Browsing
Keluar Dari InPrivate Browsing
Untuk keluar daripada mod InPrivate Browsing, anda hanya perlu menutup tetingkap browser tersebut sahaja. Sila tekan (X) untuk keluar daripada mod InPrivate Browsing.

Read More...

Private Browsing Dalam Firefox



kebanyakan perisian browser terkini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil Private Browsing di dalam Mozilla Firefox.
Private Browsing Dalam Firefox
Private Browsing Dalam Firefox
Langkah-langkah untuk memulakan Private Browsing di dalam Mozilla Firefox ialah seperti berikut:-
 
1. Di bahagian atas tetingkap Firefox, klik butang Firefox (Tools menu dalam Windows XP) dan pilih Start Private Browsing.
 
Klik Start Private Browsing
Klik Start Private Browsing
2. Satu mesej akan muncul (gambar) mengatakan bahawa Firefox akan menyimpan tetingkap semasa dan tab yang dibuka untuk dikembalikan selepas anda selesai menjalankan mod Private Browsing. Untuk meneruskan klik Start Private Browsing.
 
o Tandakan kotak "Do not show this message again"(Jangan paparkan mesej ini lagi), jika anda tidak mahu menerima amaran ini setiap kali anda menggunakan Private Browsing.
Mesej Private Browsing - Klik untuk gambar lebih besar
3. Seterusnya, skrin yang memaparkan maklumat tentang Private Browsing akan muncul untuk mengesahkan bahawa anda berada dalam mod Private Browsing.
 
Semasa anda melayari internet dalam keadaan mod Private Browsing, butang Firefox akan bertukar menjadi ungu. (untuk Windows XP dengan tajuk tetingkap Private Browsing)

Bagaimana Keluar Dari Mod Private Browsing?

Untuk keluar dari mod Private Browsing, klik butang Firefox (Tools menu dalam Windows XP) dan pilih Stop Private Browsing.
 
Butang Firefox akan bertukar menjadi oren semula setelah anda menamatkan mod Private Browsing.

Read More...

Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan

Sorok identiti anda apabila melayari Internet


Sorok identiti anda apabila melayari Internet
Ramai pengguna Internet tidak mengetahui bahawa kebanyakan perisian browser terkini membenarkan anda melayari Internet tanpa dikesan. Ciri ini dipanggil Private Browsing. Di antara perisian – perisian browser yang menawarkan ciri ini termasuklah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Ciri Private Browsing ini diberikan nama yang berlainan di dalam browser yang berlainan. Di dalam Internet Explorer ia dipanggil InPrivate Browsing sementara di dalam Mozilla Firefox ia digelar Private Browsing dan di dalam Google Chrome sebagai Incognito Browsing. Namun apa sahaja nama yang diberikan, fungsinya tetap sama.
 
Private Browsing adalah satu ciri dalam perisian browser yang membolehkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan jejak di komputer. Ini dapat mencegah orang lain yang menggunakan komputer yang sama dari melihat dan mengetahui aktiviti Internet yang anda lakukan.
 
Apabila anda memulakan Private Browsing, browser anda akan membuka tetingkap browser baru untuk anda. Ciri Private browsing akan memberi pelindungan sepanjang tempoh anda menggunakan tetingkap tersebut. Anda boleh membuka sebarapa banyak tab yang anda mahu dalam tetingkap itu, di mana tab yang anda buka itu akan dilindungi oleh ciri Private browsing. Walau bagaimanapun, jika anda membuka tetingkap browser yang lain, tetingkap tersebut tidak akan dilindungi oleh Private browsing. Untuk menamatkan sesi Private browsing anda, tutup tetingkap browser berkenaan.


Semasa anda melayari Internet menggunakan ciri Private browsing, perisian browser anda akan menyimpan beberapa maklumat­- seperti cookies dan fail sementara Internet supaya laman web yang anda lawati akan berfungsi dengan betul. Walau bagaimanapun, pada akhir sesi Private browsing, maklumat-maklumat tersebut akan dibuang. Jadual berikut menerangkan bagaimana Private browsing memproses maklumat pelayaran Internet anda.


Maklumat Bagaimana ia dipengaruhi oleh Private Browsing
Cookies

 
Disimpan di memori supaya halaman dapat berfungsi dengan betul, tetapi dipadam apabila anda menutup browser.
Fail sementara Internet Disimpan pada cakera supaya halaman dapat berfungsi dengan betul, tetapi dipadam apabila anda menutup browser.
Fail yang dimuat turun secara manual (contoh videoYouTube, gambar dan muzik) Fail-fail ini akan kekal di lokasi ia disimpan dan tidak akan dipadam apabila anda menutup Private browsing.
Sejarah laman web Maklumat ini tidak disimpan.
Data borang dan kata laluan Maklumat ini tidak disimpan.
Anti-phishing cache Maklumat sementara adalah sulit dan disimpan supaya halaman dapat berfungsi dengan betul. Namun dipadamkan apabila anda menamatkan sesi private browsing anda.
Alamat bar and carian AutoComplete Maklumat ini tidak disimpan.
Amaran: Private browsing tidak memadamkan semua jejak pelayaran Internet anda. Aktiviti Internet anda masih boleh direkodkan oleh tiga entiti berikut:-
 
1. Pembekal perkidmatan Internet (Internet Service Provider atau ISP) seperti TMnet, Celcom dan Maxis.
 
2. Pengkhidmat –yakni server- majikan. Sebagai contoh jika anda bekerja di sebuah bank dan menggunakan komputer bank untuk akses Internet, komputer pengkhidmat atau server di bilik server bank masih boleh merekodkan aktiviti Internet anda.
 
3. Pengkhidmat (server) tapak web yang anda layari. Sebagai contoh, apabila anda melayari Google, pengkhidmat Google masih dapat mengesan apa halaman yang anda lawati.
 
Pendek kata, private browsing hanya memadamkan maklumat di komputer anda sahaja. Maklumat yang direkodkan oleh pengkhidmat atau server Internet tidak dipadamkan. Private browsing juga tidak melindungi anda daripada keyloggers atau spyware yang dipasang pada komputer anda.
Read More...

Awas! Aktiviti Internet Anda Sedang Direkodkan!



        Memahami Apakah Itu History, Cookies dan Cache

 

 Anda mungkin pernah mendengan istilah History, Cookies dan Cache namun tidak begitu jelas akan apakah yang dilakukan oleh tiga "benda" ini. Rencana ini melaraikan misteri di sebalik salah satu teknologi yang paling mengelirukan pengguna

Tahukan anda bahawa setiap kali anda membuka Internet dan melayari laman web, tanpa anda sedarkan komputer anda sedang merekodkan segala aktiviti anda.
 
Ini termasuklah laman web yang anda kunjungi, gambar dan video yang anda tonton, maklumat yang anda isikan ke dalam borang - borang online - termasuklah username dan password bagi setiap jenis perkhidmatan Internet yang anda gunakan? Jika ini sudah mula membuat anda runsing - perasaan anda tidak salah.
 
Ini bukannya mitos dari cerita rekaan sains. Ia adalah kenyataan. Ia juga tidak disebabkan oleh jangkitan virus mahupun spyware. Ia dilakukan secara lazim oleh setiap jenis perisian browser yang anda gunakan.

 

Perisian Browser Internet

Browser paling popular
Browser paling popular
Perisian browser adalah perisian yang anda jalankan bagi melayari Internet. Tidak kira sama ada anda melayari Internet menerusi komputer, tablet atau telefon bimbit, anda menjalankan browser bagi tujuan itu setiap berkunjung ke Internet.
 
Tiga contoh browser yang paling popular adalah seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome yang digambarkan di sebelah.
 
Semua browser merekodkan aktiviti anda di Internet sebagai fungsi lazim perjalanannya. Satu contoh mudah untuk melihat aktiviti ini ialah dengan membuka bar lokasi browser anda. Bar lokasi seperti yang digambarkan di grafik di bawah memaparkan laman - laman web yang pernah anda kunjungi.
 
Data yang direkodkan oleh browser sering dikategorikan ke dalam tiga kumpulan iaitu History, Cache dan Cookies.

Apakah History Browser?

Dalam bidang komputer, 'web browsing history' atau sejarah penjelajahan laman web merupakan senarai laman web yang telah dilayari atau dikunjungi oleh seseorang pengguna berserta dengan maklumat tertentu seperti nama laman web dan masa dikunjungi. Semua maklumat ini disimpan oleh browser Internet anda sebagai suatu piawai atau 'standard' untuk tempoh masa tertentu. Browser anda menyimpan 'History' ini untuk menyediakan butang 'Back' atau kembali untuk para pengguna atau senarai 'History' atau sejarah untuk memudahkan para pengguna kembali ke laman-laman yang telah dikunjungi tanpa bergantung pada kebolehan pengguna untuk mengingati laman-laman tersebut. Selain browser Internet anda, pihak ketiga atau pihak luaran juga boleh merekod 'History' penjelajahan web anda sama anda secara menyeluruh atau hanya sebahagian daripadanya sahaja

'History' ini boleh dilihat oleh sesiapa yang mempunyai akses kepada komputer anda. Terdapat banyak maklumat yang ingin dirahsiakan oleh para pengguna Internet. Hal ini merangkumi laman-laman web yang telah dikunjungi dan maklumat yang telah diisikan dalam borang-borang online. Seseorang pengguna mungkin mempunyai pelbagai sebab untuk merahsiakan 'History' mereka, sama ada kerana sebab-sebab peribadi, hal-hal keselamatan dan sebagainya. Walau apa pun, merahsiakan, membersihkan atau mengosongkan 'History' merupakan suatu hal yang berguna untuk semua golongan pengguna Internet

 

Apakah Maklumat Yang Terkandung Dalam 'History'?

Anda melayari Internet menggunakan perisian Internet browser. Tiga perisian Internet browser yang paling kerap digunakan ialah Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome. Semua perisian browser ini menyimpan rekod History penjelajahan Internet anda. Diantara perkara - perkara yang direkodkan ialah:-
 
Sejarah Pelayaran dan Muat Turun (Browsing and download history): Sejarah pelayaran merupakan senarai laman web yang telah anda kunjungi. Maklumat ini dipaparkan dalam menu 'History' dan di bar URL di bahagian atas browser anda. Sejarah muat turun pula merupakan senarai fail yang telah anda muat turun daripada Internet. Senarai ini dipaparkan apabila anda membuka tetingkap 'Download'.

Sejarah Borang dan Search Bar (Form and Search history): Sejarah borang termasuklah butiran yang telah anda isi dalam borang-borang pada laman web tertentu. Sejarah Search Bar mengandungi  item-item yang telah anda taip dalam carian Internet anda.

Login Aktif (Active logins): Apabila anda melayari sebarang laman web yang mewajibkan anda untuk log masuk (contohnya Facebook atau akaun email anda), laman web tersebut dianggap 'aktif'. Laman web ini akan menyimpan sebuah kod dalam browser anda. Kod ini dipadamkan apabila anda log keluar daripada laman tersebut. Selagi anda tidak log keluar, atau selagi kod ini tidak dipadamkan, kod ini akan disimpan dalam browser Internet anda. Pengguna yang berkebolehan boleh mencuri kod ini dan mendapat akses kepada akaun - akaun peribadi anda di Internet.

 Pilihan Khusus Tapak Web (Site specific settings):  Hal ini merupakan setting khusus yang telah anda tetapkan untuk tapak web yang anda layari. Contohnya, tahap zoom, 'Keep Me Logged In' dan kebenaran-kebenaran lain untuk tapak web.
 

 

Apakah Cookies Browser?

Cookie juga dikenali sebagai HTTP cookie, web cookie, atau browser cookie. Cookie sebenarnya merupakan sekeping data kecil yang dihantar oleh tapak web yang anda kunjungi. Data kecil ini disimpan oleh browser Internet anda ketika anda sedang melayari laman web tersebut. Contoh cookie adalah seperti pilihan khusus tapak web atau status log masuk.
 
Apabila anda melayari tapak web yang sama pada masa hadapan, data yang disimpan oleh cookie tersebut akan diambil semula oleh tapak web tersebut. Kemudian, cookie tersebut akan memaklumkan tapak tersebut tentang aktivti-aktiviti anda kali terakhir anda melayarinya. Sebenarnya, cookies direka untuk menjadi sebuah mekanisme untuk membantu tapak-tapak web meningati keadaan atau aktiviti yang telah anda lakukan pada masa lalu. Hal ini termasuklah, butang-butang yang diklik atau rekod laman-laman web yang dikunjungi pda bulan-bulan atau tahun-tahun yang lepas.
 
Satu kesan cookie boleh dilihat dengan jelas di tapak web YouTube. Jika anda kerap menggunakan YouTube, anda akan dapati video - video yang disarankan oleh tapak web berkenaan akan mirip video - video yang telah anda tonton sebelum ini. Ianya seolah - olah YouTube "mengenali" siapa anda dan "mengingati" apa yang anda suka. Itulah kesan cookie.
 
Cookie tidak boleh mengandungi virus dan tidak mampu memasang malware dalam komputer anda. Walau bagaimanapun, cookies selalunya disalahgunakan untuk menyimpan rekod aktiviti seorang pengguna Internet buat jangka masa yang panjang. Hal ini mencabuli hak-hak privasi pengguna Internet.

 

Apakah Cache Browser?

Cache (disebut "kash") adalah merupakan fail - fail sementara atau temporaray files laman - laman web yang anda kunjungi. Cache dijana setiap kali anda membuka sesuatu laman web. Kandungan laman web seperti teks, gambar, animasi, program dan video disimpan ke dalam komputer anda sebelum ianya muncul di skrin komputer anda. Koleksi fail - fail inilah yang dikenali sebagai Cache.
 
Dilain kali jika anda mengunjungi laman web yang sama, browser anda akan memuatkan laman web berkenaan dari fail - fail Cache yang ada dalam komputer anda sendiri - tanpa perlu mendapatkannya dari Internet. Ini menyebabkan laman web berkenaan muncul di skrin anda dengan lebih cepat. Jadi Cache membantu mempercepatkan pelayaran Internet anda.
 
Di sini anda dapat lihat kelemehan Cache juga. Cache merupakan "kesan jejak" aktiviti anda di Internet. Mereka yang berkebolehan boleh memeriksa kandungan Cache browser anda dan ketahui apa laman dan aktiviti Internet anda. Anda mungkin tidak mahu ini berlaku.

 

Bagaimana Memadamkan History, Cache dan Cookies Browser?

Anda menggunakan Internet melalui perisian yang dipanggil browser atau pelayar Internet. Tiga perisian browser yang paling popular ialah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome. Ketiga - tiga perisian ini ada cara tersendiri menyimpan rekod penjelajahan Internet anda.
 
Memadamkan rekod penjelajahan dari satu perisian browser tidak akan menjejaskan rekod - rekod dari perisian browser lain. Sebagai contoh, memadamkan History dari Internet Explorer, tidak memadamkan History dari Firefox ataupun Chrome.
 
Oleh itu untuk benar - benar memadamkan semua kesan penjelajahan Internet, anda harus memadamkan rekod - rekod dari semua perisian browser yang ada dalam komputer anda. Namun jika anda hanya menggunakan satu jenis perisian browser sahaja, maka anda hanya harus memadamkan rekod - rekod dari browser berkenaan sahaja. Browser - browser yang lain tidak perlu diusik.
 
Teknik memadamkan rekod penggunaan Internet adalah berbeza bagi setiap jenis browser. Untuk itu kami menurunkan tiga rencana tambahan di bawah bagi membantu anda melakukannya. Sila klik pada pautan yang sesuai:-

1. Untuk teknik memadamkan history, cache dan cookies dari Internet Explorer, sila klik rencana Padamkan History, Cache dan Cookie dalam Internet Explorer.
 
2. Untuk teknik memadamkan history, cache dan cookies dari Mozilla Firefox, sila klik rencana Padamkan History, Cache dan Cookie dalam Firefox.

3. Untuk teknik memadamkan history, cache dan cookies dari Google Chrome, sila klik rencana Padamkan History, Cache dan Cookie dalam Google Chrome.


Read More...

Khamis, 3 Januari 2013

Doa Mohon Ketetapan Hati






يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى طَاعَتِكَ 
Maksudnya: " Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami pada ketaatan kepadaMu." (Riwayat Muslim no. 2654)

اَللَّهُمَّ يا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ، صَرِّفْ قُلُوْبُنَا عَلَى  دِينِكَ  
Maksudnya: " Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu."(Riwayat Ahmad, jilid 6, halaman 302)

Amalan

Amatlah penting bagi kita untuk sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. ketepatan hati kita agar sentiasa berada dalam rahmatNya. Menurut Ummu Salamah radiAllahu anha, doa ini merupakan doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah s.a.w. Dicadangkan agar kita membacanya setiap kali selesai solat fardu dan juga dalam doa ketika solat sunat.



Read More...