Ramai pengguna Internet tidak mengetahui bahawa kebanyakan perisian browser terkini membenarkan anda melayari Internet tanpa dikesan. Ciri ini dipanggil Private Browsing. Di antara perisian – perisian browser yang menawarkan ciri ini termasuklah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome.
Ciri Private Browsing ini diberikan nama yang berlainan di dalam browser yang berlainan. Di dalam Internet Explorer ia dipanggil InPrivate
Browsing sementara di dalam Mozilla Firefox ia digelar Private Browsing dan di dalam Google Chrome sebagai Incognito
Browsing. Namun apa sahaja nama yang diberikan, fungsinya tetap sama.
Private Browsing adalah satu ciri dalam perisian browser yang membolehkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan jejak di komputer. Ini dapat mencegah orang lain yang menggunakan komputer yang sama dari melihat dan mengetahui aktiviti Internet yang anda lakukan.
Apabila anda memulakan Private Browsing, browser anda akan membuka tetingkap browser baru untuk anda. Ciri Private browsing akan memberi pelindungan sepanjang tempoh anda menggunakan tetingkap tersebut. Anda boleh membuka sebarapa banyak tab yang anda mahu dalam tetingkap itu, di mana tab yang anda buka itu akan dilindungi oleh ciri Private browsing. Walau bagaimanapun, jika anda membuka tetingkap browser yang lain, tetingkap tersebut tidak akan dilindungi oleh Private browsing. Untuk menamatkan sesi Private browsing anda, tutup tetingkap browser berkenaan.
Semasa anda melayari Internet menggunakan ciri Private browsing, perisian browser anda akan menyimpan beberapa maklumat- seperti cookies dan fail sementara Internet supaya laman web yang anda lawati akan berfungsi dengan betul. Walau bagaimanapun, pada akhir sesi Private browsing, maklumat-maklumat tersebut akan dibuang. Jadual berikut menerangkan bagaimana Private browsing memproses maklumat pelayaran Internet anda.

Maklumat | Bagaimana ia dipengaruhi oleh Private Browsing |
Cookies
|
Disimpan di memori supaya halaman dapat berfungsi dengan betul, tetapi dipadam apabila anda menutup browser. |
Fail sementara Internet | Disimpan pada cakera supaya halaman dapat berfungsi dengan betul, tetapi dipadam apabila anda menutup browser. |
Fail yang dimuat turun secara manual (contoh videoYouTube, gambar dan muzik) | Fail-fail ini akan kekal di lokasi ia disimpan dan tidak akan dipadam apabila anda menutup Private browsing. |
Sejarah laman web | Maklumat ini tidak disimpan. |
Data borang dan kata laluan | Maklumat ini tidak disimpan. |
Anti-phishing cache | Maklumat sementara adalah sulit dan disimpan supaya halaman dapat berfungsi dengan betul. Namun dipadamkan apabila anda menamatkan sesi private browsing anda. |
Alamat bar and carian AutoComplete | Maklumat ini tidak disimpan. |
Amaran: Private browsing tidak memadamkan semua jejak pelayaran Internet anda.
Aktiviti Internet anda masih boleh direkodkan oleh tiga entiti berikut:-
1. Pembekal perkidmatan Internet (Internet Service Provider atau ISP) seperti TMnet, Celcom dan Maxis.
2. Pengkhidmat –yakni server- majikan. Sebagai contoh jika anda bekerja di sebuah bank dan menggunakan komputer bank untuk akses Internet, komputer pengkhidmat atau server di bilik server bank masih boleh merekodkan aktiviti Internet anda.
3. Pengkhidmat (server) tapak web yang anda layari. Sebagai contoh, apabila anda melayari Google, pengkhidmat Google masih dapat mengesan apa halaman yang anda lawati.
Pendek kata, private browsing hanya memadamkan maklumat di komputer anda sahaja. Maklumat yang direkodkan oleh pengkhidmat atau server Internet tidak dipadamkan. Private browsing juga tidak melindungi anda daripada keyloggers atau spyware yang dipasang pada komputer anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan