Pengenalan
Tips Komputer ini menerangkan teknik bagaimana hendak memulakan
komputer berasaskan Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7 dalam Safe
Mode. Ramai pengguna tidak tahu bahawa semua komputer
Windows dari Windows 95 boleh dimulakan atau boot dalam dua mode.
Kedua – dua mode ini dipanggil Normal Mode (mod biasa) dan Safe Mode.
Dalam keadaan biasa komputer akan dimulakan (boot) dan
digunakan dalam Normal Mode.
Namun ada kalanya anda perlu boot komputer di dalam Safe Mode. Safe
Mode adalah mod asas di mana hanya sistem operasi Windows sahaja yang
dijalankan. Sebarang perisian dan driver yang tidak tiba
dengan Windows, tidak dijalankan. Ini termasuklah perisian driver
kad video dan bunyi anda.
Salah satu kegunaan Safe Mode adalah untuk mengesan dan membasmi virus dan spyware dari komputer. Kebanyakan spyware dan sesetengah jenis virus tidak akan aktif dalam Safe Mode. Namun banyak perisian antivirus dan anti-spyware boleh berfungsi dalam Safe Mode.
Jika anda dapati ada virus atau spyware yang degil yang tidak boleh dibasmi melalui pengimbasan dalam mod biasa Windows, anda boleh boot ke dalam Safe Mode dan cuba melakukan pengimbasan dan pembasmian virus dan spyware tersebut.
Di dalam Windows 95, 98 dan Me terdapat butang fungsi untuk boot komputer dari mod biasa ke Safe Mode. Malangnya butang fungsi ini dikeluarkan bermula dari Windows Xp. Namun anda masih boleh boot komputer dari mod biasa ke Safe Mode menggunakan teknik yang ditunjukkan dalam tutorial animasi Flash di bawah. Tutorial ini menggambarkan teknik menggunakan Windows 7 namun teknik dalam Windows Vista dan Windows Xp tidak jauh berbeza.
Boot Windows Dalam Safe Mode

Tiada ulasan:
Catat Ulasan