kebanyakan perisian browser terkini seperti
Mozilla
Firefox,
Google Chrome dan
Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil
Incognito Browsing di dalam Google Chrome.
Memulakan Incognito Browsing
Langkah-langkah untuk memulakan
Incognito Browsing dalam Google Chrome:
- Di bahagian atas tetingkap Google Chrome, klik butang dengan ikon spana dan pilih New Incognito Window.
Mesej Incognito Browsing - Klik untuk paparan lebih besar.
2. Paparan seperti di bawah akan muncul bagi mengesahkan bahawa anda berada dalam mod
Incognito Browsing.
Ikon Perisik Melambangkan Incognita Browsing Sedang Aktif
Seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer, Google Chrome juga
mempunyai gaya yang tersendiri bagi menunjukkan ia berada dalam keadaan
Private Browsing. Satu ikon
‘perisik’ seperti di sebelah akan kelihatan di penghujung atas kiri tetingkap Google Chrome bagi
menunjukkan ia berada di dalam mod
Private
Browsing atau
Incognito Browsing.
Caranya adalah sama dengan Internet Explorer iaitu memadai dengan hanya menutup browser tersebut. Klik butang (X) untuk keluar daripada mod
Incognito browsing.
Tutup Tetingkap Untuk Keluar Dari Mod Incognito Browsing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan