Bagi kebanyakan pengguna, menformat komputer sudah menjadi satu lumrah. Hampir setiap bulan, mereka akan menformat komputer mereka. Rencana ini akan menerangkan bagaimana anda boleh hentikan gejala buruk ini dan mencegah komputer anda dari perlu diformat.
Lima Keburukan Menformat Komputer
Anda tidak digalakkan menformat komputer atas sebab - sebab berikut:-
1. Menformat komputer dengan kerap merupakan satu pembaziran waktu dan tenaga. Secara lazimnya menformat komputer mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah sehingga 3 jam jika banyak perisian yang perlu dipasang semula.
1. Menformat komputer dengan kerap merupakan satu pembaziran waktu dan tenaga. Secara lazimnya menformat komputer mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah sehingga 3 jam jika banyak perisian yang perlu dipasang semula.
2. Menformat komputer boleh mengakibatkan kehilangan maklumat penting secara kekal. Apabila anda menformat komputer segala settings dan ketetapan komputer anda akan hilang. Ini termasuklah username dan password bagi semua akaun perisian dan perkhidmatan Internet seperti e-mel, Facebook dan sebagainya. Juga jika anda telah mengubah settings Windows dan perisian seperti wallpaper, bahasa dalam Microsoft Office - semua ini akan hilang dan anda mungkin terpaksa menghabiskan berjam - jam untuk menetapkan segala - galanya - itu pun jika anda boleh mengingat semua maklumat ini.
Apabila komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan seringkali tidak dipasang semula secara automatik. Akibatnya komputer akan berada dalam keadaan separa berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer mungkin tidak normal, speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak akan dapat akses rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda sering perlu memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet sebelum komputer boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.
4. Menformat komputer boleh membatalkan jaminan. Jika anda membeli komputer berjenama seperti HP, Dell, Acer, Toshiba dan lain - lain kemungkinan besar komputer anda tiba dengan jaminan perisian. Jika anda menformat komputer dalam tempoh jaminan, anda mungkin akan membatalkan jaminan tersebut. Akibatnya anda tidak lagi layak menerima sebarang khidmat jaminan percuma untuk masalah komputer anda. Oleh itu jangan sekali - kali menformat komputer dalam tempoh jaminan.
5. Menformat komputer bukan murah. Bagi anda yang sering menghantar komputer ke kedai untuk diformat, anda boleh membelanjakan sehingga ratusan ringgit setiap kali menformat komputer. Wang sebanyak itu lebih baik digunakan untuk mengikuti kursus komputer yang berfaedah atau dijadikan simpanan. Sila berikan maklum balas di sebelah berkenaan berapa banyak kos format anda.
Mengapa Komputer Selalu Diformat?
- Komputer disyaki dijangkiti virus atau malware lain.
- Komputer sudah menjadi perlahan, "berat" dan sering tergantung operasi (hang).
- Peralatan komputer seperti tetikus, keyboard atau pencetak tidak berfungsi lagi.
- Cakera keras komputer sudah "penuh"
- Internet sudah tidak dapat diakses atau terlalu perlahan.
- Lupa katalaluan atau password untuk log masuk ke Windows
- Komputer sudah tidak boleh bermula lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan